Friday, 10 February 2017

TERLENA

Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena_

_Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi._

_Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.._

_Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan._

_Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan._

_Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?_

_Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua._

_Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat...._

_Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat._

_Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?_

_Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku._

_Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?_

_Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?_

_Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena._

Pak Hamka.
(Pujangga Nusantara)
*_hayati dan sebar_*

Thursday, 9 February 2017

NASIHAT TERBAIK UTK ISTERI & ANAK2 (perempuan)

🌃 RENUNGAN BERSAMA

© *Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT*

© *Perempuan jika ada boyfriend yg tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dgn lelaki soleh yg membimbing ke jannah, bukan ke jahannam.*

© *Isteri yg terbaik adalah isteri yg meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.*

© *Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.*

© *Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.*

© *Wanita yg menutup aurat itu belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha utk menjadi ahli syurga.*

© *Wanita yg menutup aurat dgn sempurna ibarat pelangi yg cantik, indah mata memandag tetapi tidak boleh disentuh.*

© *Isteri solehah sentiasa berhias cantik utk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.*

© *Perempuan yg bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.*

© *Perempuan yg bersalaman dgn suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.*

© *Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah*

© *Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorg syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.*

© *Wanita yg cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yg baik akan membuka hati lelaki.*

© *Perempuan yg garang sebelum kahwin adalah perempuan yg paling manja selepas kahwin.*

© *Wanita yg solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yg soleh sebab wanita yg solehah sukar ditemui.*

© *Perempuan yg menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yg munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.*

© *Gunakanlah kecantikan hanya utk suami.*

*Subhanallah...*
*Walhamdulillah...*
*Allahu Akbar...*

Nasihat itu Jariah...
Ganjaran tidak putus sebagai Ilmu Baik yg dimanfaatkan...

Wednesday, 8 February 2017

Sahabat Macam Apa?

*Ada sahabat...* dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murah je macam takde nilai sangat. Tapi, bila garam takde, masak apa pun jadi huru hara. (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian._

_*Ada sahabat...* dia macam gula. Sedap sangat bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik. Tapi... tetap tak boleh, kalau tak ada. Nanti ketar badan pulakk. Biasanya sahabat kita yang nakal-nakal suka buat orang kancing gigi.😁😁😁_

_*Ada sahabat...* dia macam beras. Wajib ada, kalau takde, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari tu walau sikit. Biasanya dialah penasihat kita, peguam, cikgu, doktor, tukang masak, tukang sapu._

_*Ada sahabat...* dia macam desert. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin. *Tercraving-craving...* terleleh-leleh air liur gitu. Muncul sesekali tapi impact bermakna._

_*Ada sahabat...* dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tau, sayur tu elokkkkkk sangat untuk kesihatan kita yang ni biasanya yang Ustaz atau Ustazah ☺_

_Walau kategori mana pun anda berada. Semuanya saling melengkapi hidup ni. *Semuanya pentinggggg*. Kalau salah satu takde, tak happening harian hidup ini tau._😊😁😀😃😄😆😉

Tuesday, 7 February 2017

Tanda-Tanda Sifat Sombong Tanpa Disedari

Inilah 26 Sifat Sombong Yang Kita Sering Amalkan Tanpa Kita Sedari. Baca Dan sama-sama muhasabah diri...

Ada 26 tanda-tanda sifat sombong yang adakalanya tanpa kita sedariselalu kita amalkan.

Ingatlah, jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain kerana orang sombong tidak akan masuk ke dalam syurga.

1. Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.

3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja.

4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja.

5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan.

6. Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain.

8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya.

10. Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Orang sombong kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf.

12. Orang sombong suka dihormati.

13. Orang sombong suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar.

14. Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu.

15. Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain.

16. Orang sombong kurang menghormati pemberian orang lain.

17. Orang sombong suka menceritakan kelebihan diri sendiri.

18. Orang sombong suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.

19. Orang sombong kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan.

20. Orang sombong kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Orang sombong kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Orang sombong tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain.

23. Orang sombong tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Orang sombong suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Orang sombong tidak senang dengan kejayaan orang lain.

26. Orang sombong sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain didepannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira.

Sabda Rasulullah SAW, "Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya mempunyai sifat sombong walaupun sebesar biji sawi." Hadis riwayat Muslim

Semoga memberi manfaat kpd rakan2 sahabat yg dikasihi 😭

GAJI VS REZEKI


*Gaji itu ada slipnya*
*Rezeki tdk ada slip*

*Gaji itu dari Boss*
*Rezeki itu dari ALLAH*

*Gaji itu hanya wang*
*Rezeki boleh berupa banyak hal.*

*Gaji itu diperoleh dg kerja.*
*Rezeki itu diperoleh dg iman.*

*Gaji itu sudah diduga,*
*Rezeki itu sering tak terduga.*

*Gaji mungkin sudah besar, tapi terasa kurang*
*Rezeki itu selalu mencukupi, meski tak seberapa..*

*Gaji harus dikejar, dicari dan diusahakan dgn bekerja.*
*Namun Rezeki boleh datang  bagi org yg percaya.*

*Tidak semua orang memiliki gaji,* *tetapi setiap orang memiliki Rezeki.*

*Gaji kemungkinan tertukar dengan lain orang,* *tetapi Rezeki tdk akan pernah bertukar.*

*Besarnya gaji ditentukan oleh masa kerja dan kelayakan,* *sementara besaran Rezeki ditentukan iman dan percaya kita pd ALLAH .*

*So, jangan pernah cemas, khuatir, resah, dan gundah terhadap nasib yg akan datang,* *terlebih jgn pernah merasa susah dan sedih terhadap yg luput dari masa lalu.*
*Yakinlah bhw rencana dan kuasa ALLAH tepat dan indah  pd saatnya.* 

*Jadi...... gaji itu hanya* *sebagian kecil dari Rezeki.* LEBIH UTAMANYA, YAKIN KPD ALLAH SWT
😊 Love  All*🌹

KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG

1. *TIDAK MEMBENCI*
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. *TIDAK MERUNGUT*
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. *BERSEDERHANA*
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. *BERSANGKA BAIK*
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. *SELALU  SENYUM*
Senyumlah walaupun hati terluka.

6. *SELALU  MEMBERI*
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. *DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA*
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. *TIDAK BERDENGKI & IRI HATI*
Jangan berdengki dengan kejayaan teman2 anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala
amal baik anda pasti hangus..Kerna Allah tak terima Amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki....
..

Monday, 6 February 2017

TERLENA oleh Al Marhum Prof Hamka


_Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena_

_Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi._

_Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.._

_Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan._

_Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan._

_Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?_

_Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua._

_Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat...._

_Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat._

_Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?_

_Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku._

_Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?_

_Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?_

_Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena._

Pak Hamka.
(Pujangga Nusantara)
*_hayati dan sebar_*

Sunday, 5 February 2017

Syukurilah Kasihnya Ibu

*SEMANGKUK MEE*

Seorang anak bertengkar dengan ibunya dan meninggalkan rumah.
Saat berjalan tanpa tujuan ia baru sedar bahawa ia sama sekali tidak membawa wang.

Ia lapar sekali, ingin makan semangkok mee. Pemilik gerai melihat anak itu berdiri cukup lama di depan warungnya, lalu bertanya

"Nak, apakah engkau ingin memesan mee ?"
"Ya, tapi aku tidak punya wang," jawab anak itu dengan malu-malu. "Tidak apa,  aku akan memberi kamu mee"

Anak itu segera makan. Kemudian air matanya mulai berlinang. "Ada apa nak ?" tanya pemilik warung.

"Tidak apa2, aku hanya terharu kerana seorang yang baru kukenal memberi aku semangkuk mee sedangkan ibuku telah mengusirku dari rumah.

Kau seorang yang baru kukenal tapi begitu peduli padaku.

Pemilik warung itu berkata "Nak, mengapa kau berfikir begitu; renungkan hal ini, aku hanya memberimu semangkuk mee & kau begitu terharu, sedangkan ibumu telah memasak nasi dan lain-lain setiap hari sampai kamu dewasa, harusnya kamu berterima kasih kepadanya.."

Anak itu terpegun mendengar hal tersebut. Mengapa?? Untuk semangkuk mee dari orang yang baru kukenal aku begitu berterima kasih tapi terhadap ibuku yang memasak untukku selama bertahun2, aku tak pernah berterima kasih.

Anak itu segera bergegas pulang. Begitu sampai di ambang pintu rumah, ia melihat ibunya dengan wajah cemas.

Ketika melihat anaknya, kalimat pertama yang keluar dari mulutnya adalah "Nak.., kau sudah pulang, cepat masuk, aku telah menyiapkan makan malam."

Mendengar hal itu, si anak tidak dapat menahan tangisnya dan menangis di hadapan ibunya.

Sahabatku,
Kadang satu kesalahan, membuat kita begitu mudah melupakan kebaikan yang telah kita nikmati tiap hari.

Sekali waktu kita mungkin akan sangat berterima kasih untuk suatu pertolongan kecil yang kita terima.

Namun kita sering tidak sedar & lupa berterima kasih akan kebaikan2 dari orang2 yg sangat dekat dgn kita

Hidup itu indah, kalau kita pandai berterima kasih dan bersyukur

Saturday, 4 February 2017

Zikir, Zikir Lagi, Zikir Terus...

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika Anda Berdukacita dan Berkeluh-kesah, Berzikirlah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hafiz ibnu Qaiyim r.a. adalah seorang ulama hadis yang termashur, di dalam risalah Al-Wabil beliau menggariskan beberapa kelebihan berzikir antaranya:

* Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya

* Zikir menyebabkan Allah redha

* Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia

* Zikir menggembirakan hati

* Zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari

* Zikir memurahkan rezeki

* Zikir adalah sinaran hati dan muka

* Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar

* Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

* Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya

* Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.

* Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.

* Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah

* Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.

* Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran (surah Al Baqarah 152) "Fazkuruunii azkurkum" ertinya; "kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepada mu".

والله اعلم

Friday, 3 February 2017

NASIHAT UNTUK SI AYAH

1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..

2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.

3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..

4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja...

5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..

6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..

7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..

8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..

9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.

10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...

12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.

14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..

15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawaban kelak.

16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..

17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.

18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!

19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan di masjid..

20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.

22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak

23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.

24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..
Wallahua'lam.

Tuesday, 31 January 2017

CARA MENCUCI KEMALUAN DENGAN BETUL

Hendak, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bererti cara kita itu betul.

Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian yang sulit dijangkau.

Selain untuk menjaga kesehatan juga penting untuk memastikan amal ibadah kita seharian di terima.

*Kenapa penting untuk membersihkan kemaluan kita dengan betul?*

Banyak orang merasa diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Sayidina Abu Bakar r.a pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba tiba tersentak dengan suatu benda bergerak gerak dari dalam kain kafan lelaki itu.

Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya.

Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Khalifah Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya.

Tetapi ular itu tiba tiba berkata kata, katanya :

*”Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”*

Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan orang yang tidak ambil peduli dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

*Jadi bagai mana kita bersihkan dengan cara yang betul?*

Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih. Ada caranya…

*Lelaki :*
Selepas membuang air kecil, disunahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar.

Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

*Kaum wanita pula :*
Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicucikan bahagian dalam dengan memasukan sedikit  jari tengah dan diputar putarkan sewaktu disiram air bersih.

Bukan dengan hanya menyiram air semata mata.

kerana hanya dengan menyiram air saja  tidak dapat membersihkan bagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.

*SANGAT PENTING*

  Begitu juga semasa membasuh air besar (berak) sangat penting untuk *memasukan satu jari kedalam dubur,*

Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur sambil siram dengan air hingga terasa najis benar benar telah hilang dan bersih.

*Betul atau tidak cara kita selama ini?*

Kalau yang tak betul mari sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul.

Dijanjikan NERAKA untuk mereka yg tidak istibro' (menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar).

*Rasulullah SAW bersabda :*

*"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walau pun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.*

*Jangan LUPA SHARE*
ilmu yang bermanfaat perlu kita amalkan bersama...

Wallahu a'lam...

🚿🚿     🚿🚿     🚿🚿      🚿🚿       
: لا حياء في الدين
tidak ada kata malu dalam urusan yang berkaitan agama

Monday, 30 January 2017

Pertanyaan Si Atheis

Soalan Pertama
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua
Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga
Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”

Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”
Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”
Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat
Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab: “Tentu sekali.”

Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang,bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali
tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya. Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.

Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.

Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Al-Fatihah buat al-Imam al
-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a (Imam Hanafi) serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah
wafat.

VARIASI INFO SIHAT*

1. Wanita dilarang menarik barang berat tapi harus menolak.
Juga elakkan membawa barang2 berat. Ini adalah kerana urat saraf wanita yg cepat lemah.
                          
2. Jalan 50 langkah memperbaiki tulang tubuh. Naik 20 anak tangga memperbaiki tulang lutut. 

3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA, karena dapat menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause.

4. Rebus 10 helai daun salam dgn 2 gelas air, minum tiap hari selama 12 hari untuk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

5. Penyebab darah tinggi adalah kekurangan kalsium. Tembikai adalah sumber kalsium. Disarankan tembikai kuning.

6. Jus pear + strawberry 4 buah menaikkan daya tahan tubuh.

7. Anggur hitam kuatkan jantung, anggur hijau melangsingkan tubuh, anggur merah melebarkan pembuluh darah agar tidak tersumbat. Bertindak sebagai anti kolesterol.

8. Labu kuning baik untuk mempertajam daya ingat anak, dimakan oleh wanita hamil lebih baik. Untuk lelaki dewasa, labu berguna untuk menghasilkan sperma berkualiti.

9. Pisang untuk yg sering kram dan senggugut.

10. Manggis paling baik untuk tulang.

11. Paprika menyembuhkan diabetes, sakit tulang dan anti kanser.

12. Apple + buncis di juice bersama dapat menjadi obat pankreas / diabetes.

13. Makan sayuran hijau siang hari, bertindak sebagai anti stroke.

14. Sayur memastikan protein tidak menjadi kanser.

15. Sayur memastikan karbo tidak menjadi diabetes.
          
*Panduan Kesihatan*
+++++++++++++++++

01. 🍴Makan sebelum tidur boleh menyebabkan kanser lambung kerana usus tidak dapt  istirahat.

02. 🍴Hanya boleh makan 4 butir telur🍳 seminggu. Kalau lebih tidak baik.

03. Tungking ayam 🐔 mengandungi karsinogen, penyebab kanser.  Jangan✋ makan tungking ayam.

04. Makan buah 🍇🍒🍉🍓🍑🍈🍌 seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan.

05. Masa haid jangan✋ minum teh ☕ lebihh lagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yg boleh menambah darah.

06. ✋Kurangkn minum susu kacang dan jangan tambah telur dan gula pada minuman anda.

07. ☝Makan tomato semasa atau selepas makan. Jangan waktu perut kosong.

08. ☝Tiap pagi bangun tidur minum 1⃣ gelas air putih bisa cegah batu hempedu. Dua gelas untuk mengaktifkan organ2 dalaman.

09. 3 jam sebelum tidur😴 jangan makan boleh jadi kegemukkan.

10. ⛔Jangan minum teh susu atau (teh tarik / buble tea) kerana tinggi kalori tinggi lemak tidak bergizi dan boleh kena darah tinggi & kencing manis.

11. ⛔Jangan makan roti yg baru keluar dari ketuhar atau oven.

12. ⛔Charger jangan dekat tempat tidur, mesti berjarak 30 cm lebih.

13. ☝Tiap hari minum air 🔟 gelas boleh hindari penyakit pundi kencing.

14. 🌞Siang hari perlu banyak minum air putih, 🌚malam hari perlu sedikit minum air putih.

15. ☝Minum kopi jangan lebih 2⃣ cawan sehari, boleh menyebabkan insomnia iaitu sukar tidur dan gastrik.

16. ☝Jangan makan makanan yg tinggi lemak karena perlu 5⃣~7⃣ jam pencernaan, mengakibatkan darah terpusat pada pencernaan dan mengakibatkan ngantuk😴 kerana otak kekurangan oksigen.

17. ☝Setelah jam 5⃣ ptg jangan⛔ makan banyak kerana tubuh kita tidak perlu banyak kalori.

18. ☝🔟 jenis makanan sehat:
Ikan laut dalam, pisang, limau bali, roti penuh gandum, sayur bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, daging ayam, buah ceri.

19. ☝Kurang tidur dapat melemahkn otak.

20. 🍋🍋🍋
Lemon panas membunuh sel kanser.

Tolong kongsikan. Semoga bermanfaat 😊

Thursday, 26 January 2017

BAHAYA BERBURUK SANGKA

Imam As-Syafi'e juga telah mengingatkan kita dengan madah berharga nya :

Barangsiapa yang mahu di layan dengan baik di dalam hidup nya maka hendaklah dia berbaik sangka dengan manusia.

Di dalam Kitab Raudhah Al-Uqala telah tertera : Cabang kemunafiqan ada di dalam buruk sangka sebagaimana cabang keimanan ada di dalam baik sangka.

Orang yang berakal akan berbaik sangka kepada saudara nya dan tidak akan membuat nya sedih dan berdukacita.
Manakala orang yang bodoh akan selalu buruk sangka kepada saudara nya dan tidak segan-segan berkelakuan jahat dan membuat nya menderita.

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda :
Berhati-hatilah kalian dari berburuk sangka kerana buruk sangka adalah sedusta-dusta kata.
Janganlah kalian saling mencari keburukan manusia , saling intip-mengintip mereka , saling dengki mendengki saling membelakangi dan saling membenci sesamanya.
Jadilah kalian hamba-hamba ALLAH yang bersaudara.
H.R.Imam Al-Bukhari.

Sayyidina Ali Karramallahu wajhah telah berkata : Barangsiapa yang sibuk melihat aib saudara nya maka dia tidak sempat melihat aib diri nya.

Sayyidina Umar Al-Khatthab radhiallahu anhu telah mengingatkan pula :
Cukuplah seseorang manusia tersesat apabila dia melakukan tiga perkara :
Pertama : Mencela perbuatan manusia padahal dia juga melakukan perkara yang serupa. Kedua : Melihat kesalahan saudaranya dan tidak melihat keburukan diri nya.
Ketiga : Dia mengganggu saudaranya dengan perbuatan yang tidak penting bagi nya.

Di dalam Kitab Tanbihul Ghafilin telah tertera :
Tiga perkara sangat bahaya :
Pertama : Orang yang sibuk mencari kesalahan manusia.
Kedua : Orang yang sombong suka membangga.
Ketiga : Orang yang riyaa' dalam amal perbuatan nya.

Kesimpulan nya hendaklah kita kurangkan keegoaan lebihkan kelembutan.
Kurangkan kekusutan lebihkan senyuman. Kurangkan percakapan lebihkan perhatian.
Kurangkan kemarahan lebihkan belas kasihan dan
Kurangkanlah kebencian lebihkan baik sangkaan.
Insyaa Allah kebahagiaaan akan kita dapatkan.💚

Wednesday, 25 January 2017

SIAPA YANG KAYA?

Seorang hartawan membawa anaknya menginap di sebuah rumah milik seorang kenalannya yang miskin. Dia berharap anaknya akan sedar akan kekayaan yang mereka miliki. Setelah tiga hari di rumah si miskin, mereka pun pulang. Dalam perjalanan si ayah bertanya, "Apa pandangan kamu tentang kembara kita?"

"Seronok!" Jawab anaknya.

"Sekarang, mesti kamu dapat bandingkan hidup sebagai orang kaya dengan orang miskin bukan?"

"Ya," jawab anaknya ceria.

"Nah sekarang, apa yang kamu belajar daripada semua ini?"

Si anak menjawab, "Kita mempunyai seekor kucing peliharaan, tetapi mereka ada banyak kucing yang mereka beri makan. Kita ada kolam renang, tetapi mereka ada sungai yang jernih dan airnya mengalir untuk mereka mandi. Kita ada lampu import yang mahal harganya, tetapi mereka ada bintang-bintang bergemerlapan di langit yang mereka pandang waktu bersantai di halaman rumah pada malam hari..."

Si ayah ingin menyampuk namun si anak meneruskan, "Kita ada jalan berturap tetapi mereka ada padang hijau yang saujana mata memandang. Kita seronok menyuruh orang gaji membuat itu dan ini untuk kita, mereka pula ceria ketika berhidmat dan menberi pertolongan kepada orang lain. Kita ada banyak makanan, tetapi mereka menghasilkan makanan. Kita ada penjaga yang menjaga harta kekayaan kita... tetapi mereka mempunyai ramai sahabat setia yang sentiasa melindungi mereka."

Si ayah semakin terdiam apabila anaknya menambah, "Terima kasih ayah kerana menyedarkan betapa kayanya mereka dan betapa miskinnya kita!"

*Pengajaran :*
_Kekayaan sebenar letaknya di hati yang bersyukur dan redha. Bukan kerana apa yang kita miliki tetapi kerana apa yang kita beri. Untuk mencapai kesenangan, kita perlu memiliki. Tetapi untuk mencapai ketenangan kita perlu memberi. Memberi lebih gembira daripada menerima._

*S̤̈* ℹ©
s̲̅h̲̅a̲̅r̲̅i̲̅n̲̅g̲̅ i̲̅s̲̅ c̲̅a̲̅r̲̅i̲̅n̲̅g̲̅
s̲̅e̲̅m̲̅o̲̅g̲̅a̲̅ b̲̅e̲̅r̲̅m̲̅a̲̅n̲̅f̲̅a̲̅a̲̅t̲̅

🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶🔷🔶

Tuesday, 24 January 2017

Mutiara Kata Prof Muhaya

Bait2 ayat Prof Muhaya menarik utk dijadikan sedikit pedoman kita.

👉Waktu sedang "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

👉Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

👉Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..

👉Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

👉Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

👉Waktu kita "Miskin" baru kita insaf  pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita..

👉Masuk "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.

👉Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

👉Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:

Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.

Jadilah teman setia tanpa syarat ...

Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman...

Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.

Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yang ditabur itulah yang akan dituai

Allah swt tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahawa Allah swt selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa......

Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah beribadah... kerana..
hidup ini terlalu indah....

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..

Saudaraku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita

-peringatan kpd diri sendiri juga....💕💕

Monday, 23 January 2017

Kronologi Kisah Seorang Anak Manusia

1. SEMASA ZAMAN REMAJA
Seorang demi seorang budak-budak kampung kita keluar meninggalkan kampung. Ada yang meninggalkan kampung kerana bersekolah dan tinggal di asrama. Ada yang menuntut di universiti dan ada yang mencari kerja di bandar. Sampai masanya kita pula mengikut giliran mereka yang terdahulu, meninggalkan kampung kerana menuntut ilmu atau mencari kerja.

2. SELEPAS TAMAT BELAJAR
Seorang demi seorang kawan-kawan kita memasuki alam pekerjaan di sektor awam atau swasta. Akhirnya tiba pula giliran kita mendapat pekerjaan dan dapat merasai nikmat makan gaji setelah sekian lama menganggur sambil mencari pekerjaan.

3. SELEPAS BEKERJA
Seorang demi seorang kawan-kawan kita menamatkan zaman bujang. Mereka berkahwin dan beranak pinak. Setelah tiba masanya, kita pula mengikut jejak mereka berkahwin dan seterusnya beranak pinak.

4. SETELAH LAMA BEKERJA
Seorang demi seorang kawan-kawan kita yang senior mula bersara. Kita pula sedang menghitung tahun, bulan, minggu dan hari untuk turut bersara seperti kawan-kawan kita yang telah bersara.

5. DITIMPA SAKIT
Seorang demi seorang, orang-orang yang sihat mulai kurang sedap badan dan ditimpa sakit. Mula-mula sakit ringan dan seterusnya semakin memberat dan semakin uzur sehingga menghampiri kematian. Nanti bila tiba masanya, kita yang sedang sihat tidak mustahil mengalami situasi yang sama dengan mereka yang diuji dengan kesakitan.

6. TIBA AJAL
Seorang demi seorang, orang-orang yang hidup sama ada tua atau muda, sihat atau sakit pergi menghadap Ilahi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Akan tiba masanya nanti, kita yang sedang menikmati kehidupan di dunia ini turut akan dijemput oleh Allah untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

Kesimpulannya, setiap orang ada gilirannya untuk sesuatu perkara atau urusan sama ada giliran itu menyeronokkan, menyusahkan, menyedihkan, mahu, tidak mahu dan sebagainya. Kalau hari ini giliran orang lain, suatu hari nanti pasti giliran kita...

Sunday, 22 January 2017

Hargailah Pasangan Kita Seadanya

Tahu tak , kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri .

Its good for them but not healthy for the relationship , i tell you . Yup , perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju .

Beli barang keperluan di pasaraya sendiri . Eat alone among the crowds . Menguruskan emosinya sendiri . Either menangis bawah shower .

Atau seronok makan kek depan tv sendiri .Dan kamu tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari .

Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial , smartphone application atau game daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri .

Samada kewujudan kamu disedari atau tidak.its same.sampai satu tahap dia akn fikir semua benda bleh buat so apa guna ada kamu lagi?

So, hati-hati...
True mark of an independent woman is you all know she can live without you .

She may be 'extremely comfortable' with the ease at which she feels she can manage everything in her life . But dont take them for granted . Call , text or talk to her daily .

Jadikan itu rutin walau di mana jua. Tak kan masa bercinta je chatting bagai..lepas nikah lagila kena buat benda-bendani. Walau kesibukan mengejar kamu . Walau masa mencemburui kamu .

At least ask her - How hectic was your day today ? Did u sleep you well last night ? Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia , paling dalam .

Dan sekurangkurangnya dia masih rasa you are still there in her life . Sesekali jadilah pendengar yang setia dan hargailah pasangan kita seadanya...

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Monday, 16 January 2017

Kisah ISTIGHFAR

Imam Ahmad bin Hambal (murid Imam Syafi'i) dikenal juga sebagai Imam Hambali. Dimasa akhir hidupnya beliau bercerita;

Suatu waktu (ketika saya sudah usia tua) saya tidak tahu kenapa ingin sangat pergi ke sebuah kota di Iraq. Padahal tidak ada janji dengan orang di sana dan tidak ada keperluan.

Akhirnya Imam Ahmad pergi sendiri menuju ke kota Bashrah. Beliau bercerita;
Begitu tiba di sana waktu Isya', saya ikut solat berjamaah isya di masjid, hati saya merasa tenang, kemudian saya ingin berehat.

Begitu selesai solat dan jamaah pulang, imam Ahmad ingin tidur di masjid, tiba-tiba siak masjid datang menemui imam Ahmad sambil bertanya; "Kamu buat apa di sini?".
Siak tidak tahu bahawa orang yang ditanya adalah Imam Ahmad. Dan Imam Ahmad pun tidak memperkenalkan siapa dirinya.

Di Iraq, semua orang kenal siapa imam Ahmad, seorang ulama besar & ahli hadits, sejuta hadits dihafalnya, sangat soleh & zuhud. Zaman tersebut tidak ada gambar sehingga orang tidak tahu wajahnya, cuma namanya sudah terkenal.

Imam Ahmad menjawab,  "Saya ingin berehat, saya musafir."
Kata siak, "Tidak boleh, tidak boleh tidur di masjid."

Imam Ahmad bercerita,
"Saya diarah oleh siak itu keluar dari masjid, Setelah keluar masjid, dikuncinya pintu masjid. Lalu saya ingin tidur di anjung masjid."

Ketika sudah berbaring di anjung masjid, siaknya datang lagi, marah-marah kepada Imam Ahmad. "Buat apa lagi syeikh?" Kata siak.
"Mahu tidur, saya musafir" kata imam Ahmad.

Lalu siak berkata;
"Di dalam masjid tidak boleh, di anjung masjid juga tak boleh." Imam Ahmad diarah keluar. Imam Ahmad bercerita, "saya didorong-dorong sampai kejalanan."

Di samping masjid ada penjual roti (rumah kecil sekaligus untuk membuat & menjual roti). Penjual roti ini sedang membuat adunan, sambil melihat kejadian imam Ahmad didorong-dorong oleh siak tadi.

Ketika imam Ahmad sampai di jalanan, penjual roti itu memanggil dari jauh; "Mari syaikh, anda boleh menginap di tempat saya, meskipun kecil."

Kata imam Ahmad, "Baik". Imam Ahmad masuk ke rumahnya, duduk di belakang penjual roti yg sedang membuat roti (dengan tetap tidak memperkenalkan siapa dirinya, hanya memberitahu ia adalah musafir).

Penjual roti ini ada tabiat khas, kalau imam Ahmad mengajak bicara, dijawabnya. Kalau tidak, dia terus membuat adunan roti sambil (terus-menerus) melafalkan ISTIGHFAR. "Astaghfirullah"

Ketika membubuh garam, astaghfirullah, memecah telur astaghfirullah ,  mencampur gandum astaghfirullah . Dia senantiasa mengucapkan istighfar.  Sebuah kebiasaan mulia. Imam Ahmad terus menerus memerhatinya.

Lalu imam Ahmad bertanya, "sudah berapa lama kamu lakukan ini?"

Orang itu menjawab;
"Sudah lama sekali syaikh, saya menjual roti sudah 30 tahun, jadi semenjak itu saya lakukan."

Imam Ahmad bertanya;
"Apa hasil dari perbuatanmu ini?"

Orang itu menjawab;
"(lantaran wasilah istighfar) tidak ada hajat/keinginan yg saya minta, kecuali PASTI dikabulkan Allah. semua yg saya minta ya Allah...., langsung diwujudkan."

Rasulullah
صلى الله عليه وسلم
pernah bersabda;

"Siapa yg menjaga istighfar, maka Allah akan menjadikan jalan keluar baginya dari semua masalah dan Allah akan berikan rezeki dari jalan yg tidak disangka-sangkanya."

Lalu orang itu melanjutkan, "Semua dikabulkan Allah kecuali satu, masih satu yg belum Allah beri."

Imam Ahmad penasaran lantas bertanya;
"Apa itu?"

Kata pembuat roti;
"Saya minta kepada Allah supaya dipertemukan dengan imam Ahmad."

Seketika itu juga imam Ahmad bertakbir, "Allahu Akbar..!  Allah telah mendatangkan saya jauh dari Bagdad pergi ke Bashrah dan bahkan - sampai diusir oleh siak masjid - sampai ke jalanan ternyata kerana ISTIGHFARMU."*

Penjual roti itu terperanjat, memuji Allah, ternyata yg didepannya adalah Imam Ahmad bin Hambal.

Ia pun langsung memeluk & mencium tangan Imam Ahmad.

(SUMBER: Kitab Manakib Imam Ahmad)

Wallahu a'lam

Saudaraku & Sahabatku tercinta..... Mulai saat ini - marilah senantiasa kita hiasi lisan kita dengan ISTIGHFAR - bilapun dan di manapun kita berada.

Sunday, 15 January 2017

HARTA

Kerana HARTA,
Hidup boleh bahagia.

Kerana HARTA,
Kita dpt beli kemahuan Kita.

Kerana HARTA,
Ramai jatuh cinta.

Kerana HARTA,
Boleh pergi kemana².

Kerana HARTA,
Boleh ubah seseorg manusia.

Kenapa?

Kerana HARTA,
Boleh jdi gila.

Kerana HARTA,
Merosakkan manusia,

Kerana HARTA,
Manusia leka.

Kerana HARTA,
Sanggup gadai nyawa.

Kerana HARTA,
Hidup boleh jdi porak peranda.

Kerana HARTA,
Kita lupa bersyukur kepadaNya,
Sentiasa berbangga,
Lpa akan tanggungjawab didunia yg mkin tua,
Lupa melaksanakan perintahNya.

Allah, 😌😔

HARTA perlu dicari,
Tpi jgn sampai lupa diri.

Saturday, 14 January 2017

Didik anak menjadi "Hamba"

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

+ Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone

+  Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa.

+  Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja2 perempuan?

Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang.

Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil

+ Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka

+ Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka

Alasannya?

+ "Kesian anak tu kecik lagi.."
+ "Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
+ "Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" anak sampai ke tua.

+ Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan mak pak. Ini terjadi dalam dunia masa kni

+ Baju laki bini anak beranak mak basuh
+ Makan laki bini anak beranak mak masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedar kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa

+ Mereka akan buat secara terpaksa

+ Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka

Dan yang akan menjadi hambanya ialah mak pak mereka.

+ Sementara sianak sedap menggoyang kaki

Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.

Bila besar mereka akan mampu berdikari

+ Usah terlalu kasihankan anak
+ Jangan terlalu memanjakan anak

+ Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
+ Ajar mereka tentang kerja rumah
+ Ajar mereka erti kehidupan
+ Pupuk kesedaran dalam diri mereka

+ Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan

+ Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba

Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita

Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA.

Thursday, 12 January 2017

REZEKIMU TAHU DI MANA DIRIMU

Mungkin kau tak tahu dimana rezekimu..
Tapi rezekimu tahu dimana dirimu..
Dari lautan biru, bumi dan gunung..
Allah memerintahkannya menujumu..
Allah menjamin rezekimu, sejak 4 bulan 10 hari kau dalam kandungan ibumu..

Amatlah keliru bila rezeki dimaknai dari hasil bekerja..
Kerana bekerja adalah ibadah..
Sedang rezeki itu urusanNya.

Melalaikan kebenaran demi menghawatirkan apa yang dijamin-Nya adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji..
Yang mungkin esok akan ditinggal mati..

Mereka lupa bahwa hakekat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka..
Tapi apa yang telah dinikmatinya..

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita..
Allah menaruh sekehendak-Nya..

Diulang bolak balik 7x Shafa dan Marwa,
Tapi zamzam justru muncul dari kaki bayinya..
Ikhtiar itu perbuatan..
Rezeki itu kejutan..

Dan jangan lupa..
Tiap hakikat rezeki akan ditanya..
"Darimana dan untuk apa?"

Kerana rezeki adalah "hak pakai"
Halalnya di hisab..
Haramnya di azab..

Maka, jangan kau iri pada rezeki orang lain...
Bila kau iri pada rezekinya,
KAU JUGA HARUS IRI PADA TAKDIR KEMATIANNYA...

Kerana Allah memberi rezeki, jodoh dan usia ummat-Nya..
Tanpa boleh tertukar satu dan lainnya..

Jadi bertawakkal lah, redha dengan ketentuan Allah, sehingga apapun itu, engkau akan merasa cukup dan penuh kenikmatan...

MARI KITA BERSYUKUR.  .  .
MESKIPUN  ITU BERAT TERKADANG.

Tidak percaya rezeki bererti tidak percaya dengan si Pemberi rezeki

*Renungan pagi Jumaat

Jumuah Mubarakah

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

📮Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen

10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI

1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

Wednesday, 11 January 2017

Kerana Lisan atau kerana Mulut

Kisah Pertama :
Seorang kakak bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah adiknya itu melahirkan seorang bayi yang comel. "Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas.  Kata kakaknya lagi, "Uish!! Takkan camtu?, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap dapat hadiah dari suamiku walaupun tanpa alasan yang istimewa." Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, dilihat isterinya sedang merajuk sedih  di rumah.
Mereka berdua sering bergaduh sejak itu. Taklama kemudian,  suami dan isteri ini bercerai.
Dari mana punca masalah rumahtangga mereka?
Hanya dari pertanyaan  yang diucapkan oleh kakak kepada isterinya.

*Kisah kedua :*
Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya. "Kamu tidak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?” Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam keluarga, juga turut hilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana cuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya.

*Kisah ketiga :*
Seorang kawan bertanya.
''Berapa gaji kamu sebulan?" Kawannya menjawab, "2 ribu ringgit." "Hanya 2 ribu ringgit? Sikitnya!!!, majikan kamu tidak reti menghargai kerja kamu.
Mana cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "

Sejak itu dia membenci pekerjaannya.
Dia meminta kenaikan gaji pada majikannya. Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya. Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur.

*Kisah keempat :*
Seseorang bertanya kepada makcik tua. "Berapa kali anak-anak makcik datang melawat makcik dalam sebulan? "
Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "uish!! melampau sekali anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi." Hati si makcik menjadi sedih.
Sedangkan sebelum ini dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak-anaknya.
Makcik tadi mula menangis dan bersedih.
Ini memburukkan kesihatan tubuhnya hingga jatuh sakit.

_Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya seperti pertanyaan-pertanyaan di atas?_

*Jagalah lidah* kita dari mencampuri kehidupan orang lain. _Tidak perlu cemburu dgn kebahagiaan yg diperolehi org lain..setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya..andai dia berbahagian,lihatla corak dan gaya kehidupannya..bukan menghukum dgn membawa cerita.._

Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki.

*Jika terus berperangai seperti itu, kita juga akan menjadi agen kerosakan di muka bumi ini. Perosak kebahagiaan orang lain.*

Andai ada bom yang meletup, cubalah periksa diri. Adakah kita yang menyalakan sumbunya?

_*Na'uzubillahi minn zaalik..*_

Tuesday, 10 January 2017

Rahsia Kejayaan Dato' Aliff Syukri Kamaruzzaman

Pertama kali melihat Dato' Aliff Syukri secara life saya perhatikan karektor dia sama sahaja sama ada di dalam TV atau pun di video-video yang beliau kongsi dengan follower.

Orangnya happening, memang menggamatkan suasana. Tidak plastik. Mesra dengan sesiapa sahaja.

Beliau rupanya baru berumur 29 tahun (2016). Berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Hobi memasak dan sangat sukakan kucing.

Berasal dari keluarga felda yang miskin. Ayah penoreh getah. Belajar tidak pandai. Pendidikan setakat SPM sahaja. Itupun tak lulus. Orang selalu kata dia 'budak b*d*h'. Sebab ada penyakit Dyslexia.Tidak akan berjaya dalam hidup.

Kata-kata itu benar-benar membakar semangat beliau untuk berjaya. Beliau yakin walaupun tidak belajar tinggi dia boleh berjaya kalau berusaha dengan gigih.

Selepas berhenti sekolah. Dato' Aliff mula bekerja di bahagian customer servis tetapi perasaan untuk berniaga sentiasa berkobar-kobar dalam dirinya.

Beliau kemudiannya berhenti kerja dan mula menjual produk kecantikan dari rumah ke rumah, pintu ke pintu dan panjat tangga pejabat.

Kemudian, berniaga di pasar pagi dan pasar malam selama 2 tahun setengah. Sambutan yang hebat dari pelanggan membuatkan tercetusnya idea untuk menjual produk kecantikan jenama sendiri.

Daripada keuntungan jualan di pasar malam, beliau menubuhkan perniagaan D' Herbs pada tahun 2010 ketika berusia 23 tahun. Mendapat gelaran Dato' ketika berusia 25 tahun.

Pesan Dato' Aliff

- Dalam berniaga jangan malu. Orang lelaki tidak berani pakai baju kilat-kilat, saya pakai. Cipta kelainan. Hanya untuk bisnes. Jika diluar bersama keluarga saya lebih suka yang simple.

- Bangga dengan apa yang kita jual. Kalau kita malu nak jual, orang pun malu nak beli.

- Apa-apa benda yang kita jual mampu menjadikan kita jutawan. 'Produk' itu alat sahaja. Yang penting bagaimana cara kita memasarkannya.

- Buat sesuatu yang 'catchy' yang buatkan orang ingat.

- Buat periklanan diluar imaginasi anda.

- Beliau pernah buat jualan RM5 juta dalam masa 3 bulan pada awal perniagaannya.

- Pasang matlamat. Tulis apa yang hendak dicapai. Beliau pada awalnya, tulis impian di kertas A4 dan tulis tarikh bila nak capai. Antara impiannya ialah kereta idaman : kereta toyota camry dan nak beli satu unit kondominium. Sekarang beliau ada beberapa kereta mewah dan 200 properties seluruh Malaysia.

Bagaimana Menangani Masalah Perniagaan

- Perniagaan itu bukan setakat mengira untung dan rugi. Ia datang bersama pakej cabaran dan kesusahan. Besar cabaran yang kita hadapi lagi besar kejayaan yang akan anda kecapi.

- Masalah itu seperti kentut. Tidak boleh disimpan. Akan menjadi toksik dalam badan. Kena dilepaskan. Tenang-tenang cari solusi. Apa jua masalah inshaallah akan ada penyelesaiannya. Lupakan penghinaan. Teruskan perjuangan.

- Masalah/ cabaran itu adalah satu sijil yang akan meningkatkan potensi diri anda.

Beliau masih menulis impian. Antara impian yang beliau kongsi ialah ingin membina rumah banglo idaman, membuat jualan 15 juta sebulan dan membina rumah anak-anak yatim.

WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI


🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk *buang air besar* dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja. *Elakkan makan* dalam waktu ini.

🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. *Sebaiknya buang air besar kali kedua* dalam waktu ini.

🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.

🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* dalam waktu ini.

🕖7 - 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.

🕘9 - 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .

🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.

🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja. Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.

#kurustanpaubat

Hidup Kita Cuma Dalam 3 Hari

1. Semalam - Sudah menjadi sejarah
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok - Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.? Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS :
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN :
1. Hidup dalam keredhaan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah

HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
1. Kekal didalam neraka
2. Kekal didalam syurga

Semoga bermanfaat
Barakallohu fiikum 🌻😊

BAGAIMANA JIKA ADA KEMATIAN MENGEJUT DALAM RUMAH KITA TENGAH MALAM??

1. Jangan cemas

2. Maklumkan kpd ahli jawatankuasa masjid terdekat. InsyaAllah orang masjid akan membantu uruskan jenazah. ( kena simpan no tel ahli jwtkuasa masjid)

3. Sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.

4. Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.

5. Letak sesuatu yg agak berat sikit spt gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin.

6. Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling

7. Tangan diikat dengan perca kain.

8. Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.

9. Jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar

10. Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah

11. Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.

12. Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.

13. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.

14. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.

Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.

Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).

Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.

Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka.

Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.

Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.
Share dgn semua orang.

TOLONG SEBARKAN WALAUPUN ANDA TELAH MEMBACANYA SEBELUM INI. SEBAGAI PERINGATAN

Wallahu’alam.

Sunday, 8 January 2017

Emosi Dan Penyakit

1. *Marah* selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.

2. *Dendam* dan *Menyimpan Kepahitan* akan menyebabkan imun tubuh kita mati.
Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke ( perdarahan/penyumbatan pembuluh darah )

3. Jika kita sering biarkan diri kita *Stress*, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa *Khuatir*, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu.

5. Jika kita Mudah *Tersinggung*, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

6. Jika kita sering mengalami *Kebingungan*, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.

7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa *takut* yang *Berlebihan*, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.

8. Jika kita suka *Berfikiran Negatif*, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia ( penyakit sulit mencerna ).

9. Jika kita mudah *Emosi* & cenderung *Pemarah*, maka kita terdedah pada  penyakit Hepatitis.

10. Jika kita sering merasa *"Sombong"*( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering *Anggap Mudah* semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa *Kesepian*, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis ( berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh ).

14. Jika kita sering *Bersedih* dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia ( kanser darah putih )

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” By : Dr. Masaru Emoto.

*Dato' Dr Hj Mohd  Fadzilah Kamsah*

10 Nasihat Sheikh Dr. Ramadan al-Buti

1- Memulakan hari dengan solat subuh berjemaah di masjid.
2- Ketika mendengar suara azan dimana pun kita berada dan dalam keadaan apa sekalipun, maka kita harus cepat-cepat menuju ke masjid terdekat untuk melakukan solat berjemaah.
3- Berusaha dengan sekuat tenaga untuk tidak menggunakan umur kita ini kecuali untuk taat kepada Allah, bekerja untuk mencari rezeki halal, mencari ilmu, dan untuk beristirehat menghilangkan kepenatan.
4- Ketika hendak tidur, maka kita harus membayangkan bahawa kemungkinan tidur ini adalah tidur untuk selama-lamanya, tidur terakhir kita di alam dunia. Sebelum tidur, kita bermuhasabah dan beristighfar kepada Allah.
5- Ketika kamu mendapat kenikmatan atau ujian, maka jangan lupa hakikat bahawa tidak ada yang dapat memberi manfaat dan tidak ada yang dapat menolak mudarat kecuali Allah SWT.
6- Sesudah kamu melakukan solat dan selesai berwirid, maka jangan berdiri sebelum mengangkat tanganmu berdoa kepada Allah degan penuh kerendahan hati dan penuh kehinaan, meminta kepada-Nya menunaikan hajat-hajatmu, menghindarkan dari segala ketakutan, dan mengampuni segala dosa-dosamu.
7- Ketika kamu merasa ditinggalkan manusia dan dibenci oleh mereka maka jadikanlah redha Allah sebagai pengubat hatimu. Dan ketahuilah bahawa hal itu lebih baik daripada manusia yang meyukaimu tetapi Allah membencimu.
8- Ketika nafsumu menarikmu untuk ghibah pada saudaramu, maka ingatlah bahawasannya kamu juga mempunyai banyak kecacatan dan apabila Allah membukanya nescaya kecacatanmu itu juga menjadi pembicaraan manusia lain pula.
9- Berusahalah sekuat tenagamu untuk menjadikan bekalan yang kamu sediakan nanti adalah merupakan hati yang suci daripada segala kotoran kebencian.
10- Ketika nafsumu mengajak untuk melakukan kemunkaran, maka ingatlah akan kematian kerana kematian itu akan mengecilkan besarnya maksiat dan menjadikan ibadah dan taat itu banyak.

_*💢Petikan dari kitab Batinul Ismi karangan al-Syahid al-Buti*_

Seloka Tuan Dan Muda

DULU *MUDA,* SEKARANG DAH *TUA.*

1.Menantu tok penghulu
jual manisan lebah
masa terus *berlalu*
kita banyak *berubah.*

2.Mak beli bedak
beli hari Selasa
dulu kita *budak*
kini sudah *dewasa.*

3.Bapa Siti Hajar
pergi tabur baja
dulu kita *belajar*
kini sudah bersara

4.Suami Kak Rohana
kerja menjual arang
dulu *anak teruna*
sekarang *suami orang.*

5.Sepuluh ekor kera
hitam macam arang
dahulu *anak dara*
sekarang *isteri orang.*

6.Makan pulut tanak
makan dengan Gayah
dahulu *jadi anak*
sekarang *jadi ayah.*

7.Kakak perut senak
senak rumah Mak Cu
dahulu *dukung anak*
sekarang *dukung cucu.*

8.Pergi memburu kijang
terpijak anak katak
dahulu *rambut panjang*
sekarang *kepala botak.*

9.Isteri orang Maran
suami orang Iban
dahulu *rambut karan*
kini *rambut beruban.*

10.Tanam pokok pisang
bawah pokok keranji
dahulu *abang sayang*
sekarang *abang haji.*

11.Pandu kereta Kancil
pandu dengan kasar
dahulu *pangkat kecil*
sekarang *pangkat besar.*

12.Isteri Datuk Minhat
suka ungkit-ungkit
dahulu badan *sihat*
sekarang *sakit-sakit.*😬

13.Dari Sungai Batu
pergi Dusun Tua
dulu jadi *menantu*
sekarang jadi *mertua.*

14.Makan gulai kerang
Kenyang sampai sebu
Dulu *mata terang*
Sekarang dah *kelabu.*

Saturday, 7 January 2017

Mengapa Tanya Lagi?

Tengah jemur kain jiran datang tegur, 'jemur kain ke?' Tapi kita jawab "eh tak la tengah masak" soalan mesra dijawab dengan sindiran.
.
Allah bertanya "Wahai Nabi Musa, apa yang ada ditanganmu itu? Jawab Musa; "Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun2 kayu supaya gugur untuk kambing2ku".

Kenapa Allah masih bertanya Nabi Musa sedangkan Allah Maha Mengetahui? Kerana... begitulah cara Allah bermesra dengan NabiNya walaupun Allah sudah tau tetapi Allah tetap bertanya.

Dalam kehidupan manusia cuba bayangkan kita sedang jemur kain, tiba2 datang seorang kawan kita bertanya "buat apa tu?" Kita pun menjawab " Tengah masak !"

Kawan kita tanya tu bukan sebab dia tak tau tapi dia nak bermesra dengan kita. Orang nak bermesra dengan kita, kita layan dia dengan sindiran. Itu tak patut. " -TG Haron Din

Analogi Tanduk Cantik Si Rusa

"Ustaz,

Semenjak saya berkahwin,

Suami saya suruh saya jadi baik.

Suami paksa dan Suruh Saya pakai tudung dan jaga aurat

Di Tempat kerja saya,

Tiada seorang pun yang  memakai tudung.

Sebahagian besar Keluarga dan kawan-kawan saya juga tidak bertudung

Saya diejek oleh kawan-kawan kerana katanya saya hipokrit.

Sekarang saya di sisihkan kerana  pakai tudung.

Ekonomi saya pun jatuh.

Sedihlah ustaz..

Saya tahu wajib dan lain-lain.

Tapi...

Lemah semangat..

Boleh beri sedikit nasihat pada saya?

Jawab Ustaz

"Sebenarnya Allah yang beri kekuatan pada puan untuk memakai tudung.

Allah sayang puan..

Dulu ketika saya darjah 6,

Ada seorang cikgu selalu cerita kisah ni..

"Ada seekor rusa yang sangat cantik,

Dia selalu berbangga dengan tanduknya yang bercabang dan sangat cantik.

"Wah cantiknya tanduk aku.." bisik rusa itu penuh bangga

Tapi dia cukup malu dengan tapak kakinya yang tidak cantik..

Dia tersenyum seorang diri setiap kali melihat tanduknya dekat air.

Tetapi menjadi sangat emosi dan sedih saat Melihat tapak kakinya..

Suatu hari,

Dia di kejar harimau,

Kakinya itu berlari selajunya..

Sehabis kudrat,

Untuk mempertahankan dirinya...

Kaki dia berlari selaju mungkin dan meredah segala kesakitan juga telah memijak semua benda tajam untuk menyelamatkan nyawanya..

Tiba-tiba tanduknya tersangkut di pokok..

dia cuba tarik,

Tetapi gagal.

Dia menangis...

Saat matanya menangis ketika harimau mulai dekat,

Dia berkata

"Wahai tanduk yang ku banggakan,

hari Ini kau telah membinasakan diriku..

Kerana kau, aku tersangkut dan akan mati...

Wahai kaki yang selalu aku hina,

Hari ini kau bertungkus lumus berjuang dan berkorban untuk menyelamatkan diriku..

Tapi inilah akhirnya.."

Kakinya tidak berhenti menyelamatkan dirinya.

Berjuang Sehingga ketitisan darah terakhir untuk menyelamatkan dirinya...

Terus berusaha berlari untuk selamatkan diri Sehingga harimau dekat.

Kaki yang dia anggap beban itu sehabis kudrat menendang harimau,

Kaki yang selama ini dia cemuh itu terus bergelut dengan harimau.

Sehinggalah dia disiat satu persatu..

Kaki buruk yang dia anggap tidak berguna itu berjasa sampai akhir...

Begitulah dalam dunia kita,

Kadang-kadang kita berbangga dengan kemuliaan, pujian, harta,nama tapi di dalamnya ada dosa dan maksiat

Sehingga...

kadang-kadang kita terlupa itulah sebab kita menderita di akhirat..

Kita malu dengan sunnah Nabi saw..

kita malu dengan perintah Allah.

Kita takut kita dimalukan kerananya..

Tetapi,

Kerana itulah kebahagiaan sebenar menanti buat selamanya..

berbaloi susah untuknya.

Teruskanlah istiqamah buat baik sehingga kita mati.

*Moga beroleh manfaat*

SELAMAT HARI SUAMI SEDUNIA

Kepada mereka yg belum tahu, hari ini adalah Hari SUAMI Sedunia..

LELAKI adalah ciptaan
TUHAN yg paling indah.
Dia banyak MENGALAH dari  umur yg sangat muda.

Dia membelanjakan
semua duit, untuk beli HADIAH, untuk yang dia CINTA, hanya untuk melihat
dia TERSENYUM..

Dia KORBANKAN masa
Bujangnya hanya untuk
seorang WANITA....

Dia KORBANKAN masa
mudanya demi istri dan anak2nya dengan bekerja sampai malam TANPA MENGELUH.

Dia bina MASA DEPAN
mereka Sekeluarga
dengan hutang dan membayar hutang sampai stress.

Dia telah bersusah payah tapi masih *dimarahi ISTERI* dan BOSS. Kehidupan Dia berakhir hanya untuk MENGALAH demi KEBAHAGIAAN orang lain..

Kalau dia keluar rumah,
org kata dia MERAYAU...

Kalau dia tinggal dirumah, org kata dia MALAS....

Kalau dia marahi anak2,
org kata dia GARANG...

Kalau dia tak marah, org kata dia ayah yg TAK TEGAS...

Kalau dia tak benarkan isteri bekerja, org kata dia Seorang yg MENGONGKONG...

Kalau dia benarkan isteri
bekerja, org kata dia MAKAN gaji isteri...

Kalau dia dengar apa kata ibunya, org kata dia ANAK MAK..

Kalau dia dengar cakap isteri, org kata dia GTB
(Geng Takut Bini)..

Kalau dia banyak MENOLONG wanita yg memerlukan, dikata HIDUNG BELANG...

Kalau tak mau tolong
wanita lain, katanya KEJAM..

Tapi di tengah terpaan
segala macam tuduhan,
dia tetap TEGAR.... KUAT

Dia lah *LELAKI@SUAMI*

HARGAILAH setiap *LELAKI@SUAMI@AYAH* dlm hidup anda.

Anda tidak akan pernah
tahu apa *PENGORBANAN* yg sudah dia dilakukan buat Anda...

*Kirimkanlah ke semua LELAKI supaya mereka TERSENYUM dan kpd semua wanita supaya mereka LEBIH "TERSENYUM"*

😀😀😀👍🏼👍🏼👍🏼

Friday, 6 January 2017

TIPS CARA MUDAH LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR

*Oleh Ustaz Ahmad Dusuki*

■Jangan sekali kali tinggalkan *Al Quran*...Ini cara mudah lepaskan diri dari *seksaan kubur*.

*■Rumah* yang dibacakan *Al Quran*, pada *waktu malam* rumahnya *bercahaya,* sehingga dikenali *Malaikat.*

■Jika *mati* orang yang suka baca *Al Quran* Ini, *cahaya* di rumahnya akan *diangkat ke langit & malaikat2* akan tau, ooo, *mati* sudah sipembaca *Al Quran* ini, Mari kita *solatkan rohnya*.

■Didalam *kubur*, *malaikat* akan *berlemah lembut* dengan *mayat*.

*■Al Quran* akan *duduk didada* kita selepas kita *selesai dimandi & dikafankan* & terus *menemani* kita didalam *kubur.*

*■Azab kubur* bermula apabila *mayat* tidak dapat *menjawab soalan2 Malaikat*

*■Sesi soal jawab* berlangsung *selama 3 hari*. Ada *Riwayat* lain kata *7 hari*.

■Penting *7 hari* ini kita *mendapat doa* dari *anak2 yang soleh* supaya *hari2 kita indah didalam kubur*.

*■Masa mayat* tu *duduk* kita akan *sedar*, ohh...aku dah *meninggal* dah... 😭

■Pesanan akhir Ustaz, *sebelum mati*, tolong *pastikan sekurang kurangnya ada Al Mulk dalam Dada kita*.
اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
آميـــــــــــــــــــن

*■Celakalah orang* yang tidak dapat *jawab soalan* mengenai *Rasullullah SAW*.
dalam *kubur Al Quran* akan berkata *kepada mayat*, aku ini *Al Quran* yang dulu *kamu baca dengan suara yang lantang & mendayu*.

■Aku akan *menemani* kamu sehinggalah kamu *masuk ke syurga*.

■Lepas tu baru *Al Quran* akan *lepaskan mayat* kepada *2 malaikat* yang akan *menyoal*.

■Jangan lupa *salawat, cintailah Nabi* sepenuh jiwa

*Semoga Bermanfaat*

*💎Agama itu Nasihat💎*

PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Sesiapa sahaja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara:

1.من جلس مع اﻷغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها.
1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia.

2. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى
2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah.

3. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب
3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati.

4. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه
4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat.

5. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح
5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda.

6.ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي واﻹقدام عليها،والتسويف في التوبة
6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat.

7.ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات
7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan.

8. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع
8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia.

(Kitab Tanbihul Ghofilin)

Syair Malam Jumaat

Malam ni malam jumaat
Malam yang penuh berkat
Jangan hanya pikir hal syahwat
Berbanyak lah baca selawat

Malam ni malam jumaat
Banyak sungguh pekara sunat
Kutiplah ia dengan semangat
Ngaji zikir tazkirah dan bertaubat

Malam ni malam jumaat
Alam dijadikan dengan rahmat
Dunia dihancur dengan kiamat
Hendaklah kita selalu beringat

Malam ni malam jumaat
Tafakur disejadah baca munajat
Mohon ampun segala khianat
Masa berdosa selalu tak ingat

Malam ni malam jumaat
Alam kubur hendaklah diingat
Disana jarang orang yang selamat
Kerana hidup dalam gelap gelemat

Malam ni malam jumaat
Baca selawat beroleh syafaat
Bemoga hidup dapat berkat
Dan mati pula dalam rahmat

Malam ni malam jumaat
Basahi mata dengan air yang hangat
Menanggis dan merintih dalam munajat
Semoga segala dosa diangkat

Wahai Allah yang bersifat kamalat
Ampuni dosa hambaMu ini yang jahat
Terangi hati ku yang gelap gelemat
Dengan kasihMu beserta rahmat

Wednesday, 4 January 2017

Sangkaan Buruk

Mengumpat dengan hati ialah mempunyai sangkaan yang buruk atau _Suuz Zhon_ kepada orang lain. Hukumnya adalah haram, sebagaimana halnya mengucapkan perkara yang buruk. Sebagaimana diharamkan mengatakan keburukan seseorang dengan lisan, maka begitu jugalah diharamkan mengatakan keburukan-keburukan seseorang itu dengan hati, yakni mempunyai sangkaan buruk terhadapnya.

Yang dimaksudkan dengan sangkaan buruk itu ialah sesuatu yang seolah-olah telah diyakini, bukan hanya sekadar lintasan hati yang datang kemudian lenyap begitu sahaja. Jadi yang haram ialah yang seakan-akan sudah terpateri di dalam hati dan dianggap bahawa orang yang disangkanya itu benar-benar melakukan kejahatan. Tentang lintasan hati sebagaimana di atas adalah dimaafkan.

Menyangka dengan suatu sangkaan yang lebih kepada keyakinan. Sangkaan ini sebagai suatu tanda kecenderungan hati dan dimantapkan dalam perasaan. Inilah yang dilarang keras. Dalam hal ini Allah Taala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

_Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.(Surah Al-Hujraat:12)_

(Syeikh Muhammad Jamaludin Al-Qasimi - Mauizatul Mukminin)