Sunday, 30 October 2016

27 TANDA-TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA

1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.

2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran Anda terlalu sibuk.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”

6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.

12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya

14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak mengingatkan Anda kepada Allah.

15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berpoya-poya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. Anda sangat perhatian dengan penampilan luaran Anda.

23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.

24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.

25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera melanjutkan pekerjaan.

26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.

27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

- Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk golongan hamba-hamba Nya yang soleh.

Allahumma aamiin

Kisah Iblis menggoda Waliyullah yg menyamar menjadi muridnya selama 10 tahun.

Kisahnya.


Bukan hanya orang awam saja yang dijadikan sasaran oleh iblis dan sekutunya. Para waliyullah dan ulama pun bisa jadi target hasutan mereka. Salah satunya adalah Imam Juneid, yang merupakan seorang hamba Allah SWT yang terkenal dengan pemahaman ilmu Fiqihnya.
Imam Juneid ini memiliki kebiasaan beribadah di atas rata-rata umat islam lainnya. Bayangkan saja, dalam sehari Beliau  melakukan shalat sunnah sebanyak 400 raka'at. Selain itu juga istiqamah berpuasa dan berzikir di malam harinya.

Iblis Menyamar.
Pada suatu hari, iblis masuk ke rumah Imam Juneid dengan menyamar sebagai salah satu muridnya dan berkata,
"Wahai Waliyullah, aku ingin mengabdi kepadamu tanpa upah, bolehkah?"
(Sebenarnya Imam Juneid sudah tahu bahwa itu adalah iblis).
""Silahkan lakukan," jawab Imam Juneid singkat.

Iblis pun akhirnya mengabdi kepada Imam Juneid seperti para murid lainnya. Ia berusaha melakukan apa saja yang diperintahkan oleh Imam Juneid, namun di balik ketaatannya itu, iblis memiliki niat yg jahat, ada udang dibalik batu.
Ia berharap dapat memasuki hati dari Imam Juneid.
Tanpa penat lelah, Iblis ini mengabdikan diri kepada Imam Juneid  sepuluh tahun lamanya.
Selama sepuluh tahun lamanya iblis menyamar, Makar dan tipu dayanya masih belum membuahkan hasil. Iblis merasa telah gagal menembusi hati Imam Juneid yang tak pernah lupa sedikit pun untuk berzikir kepada Allah SWT.

Bukankah iblis tak kuasa menggoda anak Adam yang selalu ingat dan berzikir kepada Allah SWT. Itulah janji Allah SWT tatkala iblis akan dikeluarkan dari Surga dan dilaknat oleh Yang Maha Perkasa. (ingat Kisah Nabi Adam as).
Iblis Mengaku kalah.
Bukan main ketaatan Imam Juneid kepada Allah SWT. Akhirnya iblispun menyerah kalah dan memutuskan untuk meninggalkan Imam Juneid.



"Wahai Waliyullah, sesungguhnya aku adalah iblis yang menyamar menjadi salah satu muridmu. Aku ingin memasuki hatimu, akan tetapi aku tidak bisa karsna setiap kerdipan mata engkau tak pernah lupa berzikir kepada Allah SWT," berterus terang kata iblis kepada Imam Juneid.
"Aku sudah tahu kalau engkau adalah iblis, makanya aku menjadikanmu pelayan untuk menyiksamu, dan kelak di akhirat nanti kamu tidak akan mendapat pahala dari Allah SWT," tutur Imam Juneid.
Iblis tersentak , bagaimana mungkin Waliyullah seperti Imam Juneid ini mengetahui kalau dia adalah iblis. Iblis pun berkata lebih lanjut,
"Aku tidak melihat kesombongan dalam hatimu dan itu menjadi sumber kekuatanmu."

"Pergilah kamu wahai iblis laknatullah, kamu hanya bisa masuk ke dalam hati manusia yang telah diliputi takabbur dan sombong, keluar dan pergilah dengan hina engkau iblis," usir Imam Juneid.

Akhirnya iblis pun mengaku kalah.
Ia menghilang dari hadapan Imam Juneid yang terbukti tak mampu digodanya sedikitpun.
# IBRAH ...jangan kita  rasa hebat dgn ilmu, takabbur dgn pangkat dan kedudukan dihadapan sesama makhluk Allah .akhirnya jadi teman iblis laknatullah tanpa disedari...

MOGA SELAMAT  DARI TIPU DAYA IBLIS..


Antara Ibadah Dan Akhlak

ADA SEGOLONGAN ORG YG KUAT BERIBADAH TAPI 'BERAKHLAK BURUK' &  ADA  SEGOLONGAN ORG YG TIDAK BERIBADAH LANGSUNG TAPI 'BERAKHLAK BAIK'

YANG MANA LEBIH BAIK ??

"Wahai Syeikh, MANAkah yang lebih baik, seorang MUSLIM yang KUAT berIBADAH tetapi AKHLAKnya BURUK dan seorang yang TIDAK berIBADAH LANGSUNG tapi amat BAIK AKHLAKnya !!", tanya seorang pemuda...

"SUBHANALLAH !! KEDUA2nya BAIK", ujar Syeikh sambil tersenyum...

"MENGAPA boleh jadi BEGITU ??", desak si pemuda tadi...

"KERANA orang yang TEKUN berIBADAH itu boleh jadi nanti akan diBIMBING Allah untuk berAKHLAK MULIA bersebab IBADAHnya...
Dan kerana ORANG yang BAIK PERILAKUnya itu boleh jadi nanti akan diBIMBING Allah untuk semakin TAAT kepadaNYA ."

"Jadi SIAPA yang LEBIH BURUK ??", desak si pemuda tadi...

AIRMATA mengalir di pipi  Syeikh...
"KITA... wahai anak muda ",  ujar beliau...

"KITAlah yang seLAYAKnya berAKHLAK BURUK sebab KITA seringkali menghabiskan waktu UNTUK MENILAI ORANG LAIN dan meLUPAkan DIRI kita SENDIRI..."
"Padahal KITA akan diHADAPkan di depan ALLAH dan diTANYAkan tentang DIRI KITA...
BUKAN tentang ORANG LAIN !! "

RENUNGKAN...

Wednesday, 26 October 2016

NASIHAT TERBAIK ,ISTERI & ANAK PEREMPUAN



© Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT

© Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang bimbing ke jannah, bukan ke jahannam.

© Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.

© Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.

© Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.

© Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.

© Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandang tetapi tidak boleh disentuh.



© Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.

© Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.

© Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur dosanya

© Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah

© Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid jika meninggal dunia dan khidmat kepada suaminya sebagai isteri adalah sebagai jihad.

© Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.

© Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.

© Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab wanita yang solehah sukar ditemui.

© Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.


© Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami.
Subhanallah...
Walhamdulillah...
Allahu Akbar...
Sebarkan Nasihat itu Jariah...
Ganjaran tidak putus sbg Ilmu Baik yg dimanfaatkan...

Saturday, 22 October 2016

Duit oh Duit...!

DUIT...DUIT...DIMANA...KAU DUIT..!!.!! DUIT BERBISIK KEPADA SAYA !


Salam perkenalan,
Nama aku : Duit
Nama lain : Wang

Wajahku biasa2 sahaja, fizikalku pula sangat lemah, Namun aku boleh memporak perandakan penghuni dunia ni dgn sekelip mata.

Aku juga "BOLEH" mengubah perilakumu dari baik menjadi jahat, bahkan sifat Manusia, kerana manusia sentiasa mengejar dan mengidolakan aku.

Banyak orang berubah keperibadiannya kerana aku,­­­­ Ada yang mengkhianati temannya, Ada yang sanggup menjual tubuh badannya, Bahkan ada yg sanggup meninggalkan keyakinan imannya, demi mengejar aku. Hebat kan aku ?

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang soleh & jahat, Tetapi manusia menggunakan aku utk mendapatkan darjat, menentukan kaya atau miskin & rasa dihormati atau terhina.

Aku bukan iblis, tapi orang selalu melakukan perkara yg keji demi mengejar aku.
Aku juga bukan org ketiga, tapi banyak suami isteri bercerai gara2 mengejar aku, adik beradik 

bergaduh dan saling membenci kerana aku. Anak dan orang tuanya berselisih faham gara2 aku.
Sangat jelas aku juga bukan Allah, Tetapi manusia sanggup menyembah aku seperti Allah, bahkan kerap kali hamba2 Allah lebih menghormati aku, Padahal byk ulama sudah pesan jangan jadi hamba DUIT.

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapa pun, tapi ramai orang sanggup mati demi aku.
Suka aku ingatkan,
Aku bole ditukar utk menjadi  resit ubat kamu, tapi aku tak mampu untuk memanjangkan umur kamu.

Kalau suatu hari nnt kamu dijemput oleh Allah swt, aku tak boleh menemani kamu. Apalagi utk menjadi penebus dosa2 kamu. Kamu mesti berdepan dgn Allah swt sendirian tanpa aku.

Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN aku kejalan yang baik2, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai Tuhan ?

INI AMANAT AKHIRKU :
Aku "TIDAK ADA DI SYURGA",
Jadi jangan cari aku disana.

CADANGAN AKU :
1. Jangan terlalu sayang dgn aku.
2. Jangan lupa gunakan aku utk byr Zakat, Infakkan aku selalu, Sedekah aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih "BAROKAH" di dunia dan akhirat.
~ Imbangi Antara Pemburuan Dunia Dan Akhirat ~
#BahagianDakwah-Abcm
SHARING IS CARING

Ayat Berhikmah Prof Muhaya

Bait2 ayat Prof Muhaya menarik utk dijadikan sedikit pedoman kita.


1. Waktu sedang "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

2. Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

3. Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..

4. Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

5. Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

6. Waktu kita "Miskin" baru kita insaf  pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita..

7. Masuk "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.

8. Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

9. Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:
Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.

10. Jadilah teman setia tanpa syarat ...

11. Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman...

12. Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.

13. Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.
14. Apa yang ditabur itulah yang akan dituai

15. Allah swt tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

16. Tapi ketahuilah bahawa Allah swt selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa......

17. Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah beribadah... kerana..
hidup ini terlalu indah....

18. Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..
Sahabatku,

19. Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita

-peringatan kpd diri sendiri.juga....








Friday, 21 October 2016

HAMBA YG PEMURAH

Suatu hari, Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan.

Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut.

Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya.... "Adakah anjing ini kepunyaan kamu?" Jawab lelaki itu: "Bukan." "Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?" Dia menjawab: "Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan."

Umar bertanya lagi.....
"Kamu hamba atau merdeka?" "Hamba milik seorang Bani Asim." Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata: "Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu."

Lelaki itu berkata.....
"Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini."

Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut. Beliau bertanya: "Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?"

Dia berkata:
"Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, namun aku kedekut kepada NYA "
"Selama hidup di dunia ini, yang terbaik itu adalah menyelamatkan hati dari berburuk sangka terhadap makhluk yang lain"

-Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani-

🌿🌱🌴🌳🌲🎄🌵☘🍀🎋🍃

KISAH PENGHAFAL QURAN 30 JUZ DAN HADlTS

Kisah benar ini diceritakan oleh Habib Quraisy bin Qosim Baharun, ketika perjalanannya ke Yaman pada tahun 1996. Pesawat itu menuju ke Jordan dan transit semalaman disitu sebelum menuju ke Yaman.

Diantara penumpangnya Habib Quraisy dan ibu tua sekitar 65-70 tahun yang berjilbab duduk disebelahnya. “Dimana asal anda?” tanyanya dalam bahasa Arab yang fasih. Apabila mengetahui Habib Quraisy orang Indonesia, dia lantas berbahasa Indonesia dan amat fasih pula. Ibu tua itu tersenyum bijak sambil berkata “Saya ‘Alhamdulillah’ menguasai sebelas bahasa dan 20 bahasa daerah”.

Ibu tua mulai mengupas pembahasan Al Qur’an dgn indah dan mahir. Habib teruja atas kehebatannya menjelaskan Al Qur’an, “Apakah Ibunda HAFAL AL-QUR’AN ?” Beliau jawab “Ya, saya telah menghafal Al Qur’an dan saya rasa tidak cukup hanya menghafal Al Quran sehingga saya berusaha menghafal Tafsir Jalalain dan saya sudah hafal”. 

Tidak sampai disitu saja, Ibu tua itu melanjutkan bicaranya “Namun Al Qur’an harus bergandingan dengan hadis. Sehingga saya kemudian berupaya lagi menghafal hadis tentang hukum sehingga saya hafal kitab hadis Bulughul Marom di dalam kepala”. 

“Tetapi saya masih belum merasa cukup, karena di dalam Islam bukan hanya ada halal dan haram tapi harus ada fadhailul amal, maka saya pilih kitab Riyadhus Sholihin untuk saya hafal dan saya hafal”. Kata Ibu itu menuturkan pendalamannya tentang Islam kepada Habib Quraisy. 

Ibu itu kembali bertutur “Di sisi agama ada namanya tasawuf, maka saya cenderung pada tasawuf sehingga saya pilih kitab Ihya Ulumuddin dan sampai saat ini saya sudah 50 kali mengkhatamkan membacanya. Kerana seringnya saya baca Ihya Ulumuddin sampai-sampai Bab Ajaibul Qulub saya hafal di dalam kepala”. 

Habib Quraisy terpesona melihat kehebatan dan luarbiasanya Ibu itu. Namun karena tidak percaya begitu saja, Habib pun akhirnya mencuba menguji kebenaran perkataannya. Apakah benar Ia telah hafal Al Qur’an? Apakah benar Ia menguasai Tafsir Jalalain ttg asbabun-nuzul dan qaul Ibnu Abbas? Setelah melalui beberapa pertanyaan. Ternyata benar Ibu itu hafal Qur’an bahkan mampu menjawab tafsirnya dengan mahir dan tepat. 

Ketika Habib mengangkat permasalahan ihya mawat yang ada dalam kitab Bulughul Maram Ibu tua itu pun menjelaskannya dgn cukup jelas. 

Ketika Habib membahas tentang hadis Riyadhus Sholihin maka Ibu tua itu menyebutkan sesuai apa yang disebutkan dalam kitab Dalailul Falihin sebagai penjelasan kitab hadis tsb. 

Dan lagi beliau menjelaskan masalah psikologi hati berpandukan kitab Ihya Ulumuddin pada pasal ajaibul qulub. Habib hairan akan kehebatan Ibu tua itu dan menggeleng-gelengkan kepalanya. 

Pesawat telah mendarat di Jordan dan Habib membantu menurunkan 3 beg Ibu itu ke lantai pesawat. Subhaanallah… Saat Ibu itu menunduk untuk mengambil begnya ternyata keluar dari balik jilbabnya seutas kalung salib!

Seperti petir menyambar di siang hari, Habib Quraisy terkejut dan menunduk lemah. Ibu itu tersenyum, “Akan kujelaskan padamu nanti di hotel.”

Habib akan transit selama sehari di Jordan dan begitu juga Ibu Tua itu. Ibu tua itu berjanji bertemu di restoran hotel itu.

Keduanya akhirnya bertemu. Kepada Habib Quraisy beliau berkata, “Saya bukan orang Kristian, dan mengapa saya keluar dari Kristian?… karena saya menganggap Kristian itu hanya dongeng belaka. Dan kalung ini bukan berarti saya Kristian, tapi kalung ini pemberian ibu saya yang telah meninggal”. 

Beliau memberitahu bahawa telah mempelajari agama Kristian, Hindu juga Islam. Ia mengungkap tertariknya kepada keagungan yang ada di balik wahyu Allah SWT dan hadits Nabi Muhammad SAW.

“Ibu apa agamanya sekarang ?” Habib bertanya. Dia katakan “Saya tidak beragama”. "Andai Ibu masuk Islam, begitu baca syahadat, ibu akan langsung dapat gelaran ulama”. Karena demikian luas ilmu yang dimiliki kata Habib.  la menjawab,  
“MUNGKIN KARENA SAYA BELUM MENDAPAT HIDAYAH DARI ALLAH”

Habib Quraisy menitiskan airmata bersyukur kpd Allah SWT, bagaimana orang seperti dia yang sudah hafal Al Qur’an, hadis dan lainnya belum Allah izinkan untuk beriman kepada-NYA. 

Sementara kita tanpa usaha apapun, telah dipilih oleh Allah SWT untuk jadi seorang muslim. Demikianlah kisah ajaib ini. Semoga dapat diambil iktibar betapa bersyukur kita dianugrahi iman dan semakin bertambah kuat sampai ajal menjemput, sehingga kita termasuk orang yang husnul khotimah. 

Ibu tua itu bernama ANN MARIE SCHIMMEL, ahli terkemuka dalam kesusasteraan Islam, budaya islam, tamadun islam, tasawuf dan teologi. Beliau seorang warganegara Jerman dan menjadi professor di 3 universiti terkenal, di Jerman (Universiti Marburg), Amerika Syarikat (Universiti Harvard) dan Turki (Universiti Ankara). Beliau dikatakan memiliki ingatan fotografi dan berkebolehan menghafal apa sahaja. Beliau meninggal dunia tahun 2003 pada usia 80. Entah bagaimana tentang keimanannya di akhir hidupnya. Ada yang tahu??

BETAPA MAHALNYA HIDAYAH.  
SETINGGI-TINGGINYA ILMU,  
SELUAS-LUASNYA PENGETAHUAN, 
SEDALAM-DALAMNYA PEMIKIRAN, DAN  
SEKUAT-KUATNYA HAFALAN AL-QUR’AN 30 JUZ DAN HADlS
TIDAKLAH MAMPU MENGGAPAI HIDAYAH. 
KERANA HIDAYAH DATANGNYA DARI RAHMAT ALLAH. 

SEBAGAIMANA SEORANG HAMBA MASUK SHURGA KARENA RAHMATNYA. 
                        ☄
Diceritakan oleh Habib Quraisy bin Qosim Baharun seorang tokoh agama berasal dari Cirebon, Jawa, Indonesia.

Rencana ini asalnya berbahasa Indonesia dan diolah ke dalam bahasa Malaysia oleh FBA. 

---

Ps : Nilai hidayah bkn sekadar boleh diukur dgn ketinggian atau kehebatan hafalan di dada, tetapi melalui penghayatan dan amalan seseorang itu terhadap ilmu yang dipelajari.

Moga dosa dosa lalu yg kita lakukan tidak menjadi hijab untuk kita mendapat anugerah hidayah ALLAH SWT hingga nafas yang terakhir..

Tuesday, 11 October 2016

Kisah Al Quran dan Misi

BUAT PERINGATAN DIRI SAYA DAN SAUDARA-SAUDARA SEMUA.

MANA YANG RAJIN PEGANG FON..BERINGAT2 LA..PLSc..BACA.. Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit         

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"     

Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."  
       
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"       

Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."         

Pesakit: "Wah, apa dia?"  

Abang misi:  →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.

          → Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.

          → Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan          sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.        

          →Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."    

Pesakit: "Hm. Apa dia?"     

Abang misi: →"Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira ketika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap  masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...

dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah... 

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar  masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."      

Pesakit:   "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid...  "   

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.        

✔Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?      
✔Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?       

◆ Anda yang sihat yang membaca sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ...

🍒  Ingatan utk saya & semua
YANG.....

Yang singkat itu - "waktu"
Yang menipu itu - "dunia"
Yang dekat itu - "kematian"
Yang besar itu - "hawa nafsu"
Yang berat itu - "amanah"
Yang sulit itu - "ikhlas"
Yang mudah itu - "berbuat dosa"
Yang susah itu - "sabar"
Yang lupa itu - "bersyukur"
Yang membakar amal itu - "mengumpat"
Yang ke neraka itu - "lidah"
Yang berharga itu - "iman"
Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati"
Yang ditunggu Allah S.w.t itu -"taubat"

(Imam Al Ghazali)

*Yang tak forwad itu kedekut*

Saturday, 8 October 2016

RAHSIA MAKRIFAT

Amat sukar untuk menjelaskan mengenai hakikat dan makrifat kepada yang hanya membatasi pengajian dan kefahaman dalam  mempelajari agama sekadar pada zahir Syariat saja, menghafal ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadist akan tetapi tidak memiliki roh dari pada Al-Qur’an itu sendiri.

Padahal hakikat dari Al-Qur’an itu adalah Nur Allah yang tidak berhuruf dan tidak bersuara, dengan Nur itulah Rasulullah SAW memperoleh pengetahuan yang luar biasa dari Allah SWT. Hafalan tetaplah hafalan dan itu tersimpan di otak yang dimensinya rendah tidak adakan mampu menjangkau hakikat, otak itu baharu sedangkan Allah itu adalah Qadim sudah pasti Baharu tidak akan sampai kepada Qadim. Kalau anda cuma belajar dari dalil dan mengharapkan dapat sampai kehadirat Allah dengan dalil yang anda miliki maka PASTI anda tidak akan sampai kehadrat-Nya.

Ketika anda tidak sampai kehadirat-Nya sudah pasti anda sangat hairan dengan ucapan orang-orang yang sudah bermakrifat, dapat berjumpa dengan Malaikat, berjumpa dengan Rasulullah SAW dan melihat Allah SWT, dan anda menganggap itu sebuah kebohongan dan sudah pasti anda mengumpulkan lagi puluhan bahkan ratusan dalil untuk membantah ucapan para ahli makrifat tersebut dengan dalil yang menurut anda sudah benar, padahal kadangkala dalil yang anda berikan justru sangat mendukung ucapan para Ahli Makrifat cuma sayangnya matahati anda dibutakan oleh hawa nafsu, dalam Al-Qur’an disebuat Khatamallahu ‘ala Qulubihim (Tertutup mata hati mereka) itulah hijab yang menghalangi anda menuju Tuhan.

Rasulullah SAW menggambarkan Ilmu hakikat dan makrifat itu sebagai “Haiatul Maknun” artinya “Perhiasan yang sangat indah”. Sebagaimana hadist yang dibawakan oleh Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya sebagian ilmu itu ada yang diumpamakan seperti perhiasan yang indah dan selalu tersimpan yang tidak ada seoranpun mengetahui kecuali para Ulama Allah. Ketika mereka menerangkannya maka tidak ada yang mengingkari kecuali orang-orang yang biasa lupa (tidak berzikir kepada Allah)” (H.R. Abu Abdir Rahman As-Salamy).

Di dalam hadist ini jelas ditegaskan menurut Rasulullah saw bahwa ada sebagian ilmu yang tidak diketahui oleh siapapun kecuali para Ulama Allah yakni Ulama yang selalu Zikir kepada Allah dengan segala akibatnya. Ilmu tersebut sangat indah laksana perhiasan dan tersimpan rapi yakni ilmu Tariqat yang didalamnya terdapat amalan-amalan seperti Ilmu Lata'if dan lain-lain.

Masih ingat kita kisah Nabi Musa dengan Sayyidina Khidir yang pada akhir perjumpaan mereka membangun sebuah rumah untuk anak yatim piatu untuk menjaga harta berupa emas yang tersimpan dalam rumah, kalau rumah tersebut dibiarkan ambruk maka emasnya akan dicuri oleh perompak, harta tersebut tidak lain adalah ilmu hakikat dan makrifat yang sangat tinggi nilainya dan rumah yang dimaksud adalah ilmu syariat yang harus tetap dijaga untuk membentengi agar tidak jatuh ketangan yang tidak berhak.

Semakin tegas lagi pengertian di atas dengan adanya hadist nabi yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagai berikut : “Aku telah hafal dari Rasulullah dua macam ilmu, pertama ialah ilmu yang aku dianjurkan untuk menyebarluaskan kepada sekalian manusia yaitu Ilmu Syariat. Dan yang kedua ialah ilmu yang aku tidak diperintahkan untuk menyebarluaskan kepada manusia yaitu Ilmu yang seperti “Hai’atil Maknun”. Maka apabila ilmu ini aku sebarluaskan niscaya engkau sekalian memotong leherku (engkau menghalalkan darahku). (HR. Thabrani).

Hadist di atas sangat jelas jadi tidak perlu diuraikan lagi, dengan demikian barulah kita sadar kenapa banyak orang yang tidak senang dengan Ilmu Tariqat? Kerana ilmu itu memang amat rahsia, sahabat nabi saja tidak diizinkan untuk disampaikan secara umum, kerana ilmu itu harus diturunkan dan mendapat izin dari Nabi, dari nabi izin itu diteruskan kepada Khalifah nya terus kepada para Aulia Allah sampai saat sekarang ini.

Jika ilmu Hai’atil Maknun itu disebarkan kepada orang yang belum berbaiat zikir atau “disucikan” sebagaimana telah firmankan dalam Al-Qur’an surat Al-‘Ala, orang-orang yang cuma Ahli Syariat semata-mata, maka sudah barang tentu akan timbul anggapan bahwa ilmu jenis kedua ini yakni Ilmu Thariqat, Hakikat dan Ma’rifat adalah Bid’ah dholalah.

Dan mereka ini mempunyai I’tiqadbahwa ilmu yang kedua tersebut jelas diingkari oleh syara’. Padahal tidak demikian, bahwa hakikat ilmu yang kedua itu tadi justru merupakan intisari daripada ilmu yang pertama ertinya ilmu Tariqat itu intisari dari Ilmu Syari’at.

Oleh kerana itu jika anda ingin mengerti Tariqat, Hakikat dan Ma’rifat secara mendalam maka sebaiknya anda berbai’at saja terlebih dahulu dengan Guru Mursyid (Khalifah) yang ahli dan diberi izin dengan taslim dan tafwidh(penyerahan) dan redha. Jadi tidak cukup hanya melihat tulisan buku-buku lalu mengingkari bahkan mungkin mudah timbul prasangka buruk terhadap ahli tariqat.

Dalam setiap peristiwa yang mewarnai kehidupan ini, seringkali kita tidak mampu atau tidak mau menangkap kehadiran Allah dengan segala sifat-sifatNya. Padahal sifat-sifat Allah sangat terkait erat dengan ayat-ayat kauniyahNya yang terhampar di atas muka bumiNya. Betapa Allah –melalui ayat-ayat kauniyahNya- memang ingin menunjukkan keMaha KuasaanNya dan keMaha BesaranNya agar hamba-hambaNya senantiasa mawas diri, waspada dan berhati-hati dalam bertindak dan berprilaku agar tidak mengundang turunnya sifat JalilahNya yang tidak akan mampu dibendung, apalagi dilawan oleh siapapun, dengan upaya dan sarana kekuatan apapun tanpa terkecuali, karena memang Allahlah satu-satunya pemilik kekuatan dan kekuasaan terhadap seluruh makhlukNya.

Dikutip dari : Tulisan Syekh Samman

Jenaka Ustaz Azhar

Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.

Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang
Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing.

Kadang-kadang kucingbawa lari
seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.

Muhasabahlah diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.

( Ustaz Azhar Idrus)
Rasulullah SAW
bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)
ㅤ  ㅤ  ❤ㅤ  ❤    ❤
ㅤ♥    Subhanallah  ♥
♥    Alhamdulillah        ♥
♥     Lailahaillallah.      ♥
ㅤ♥    Allahuakbar   ♥
ㅤ ㅤ  ❤ ㅤ  ❤     ❤
Share msg ini... kalau anda bukan dari golongan yg kedekut ..👍 👍 👍

Friday, 7 October 2016

SAHABAT

Berkata Umar bin Khattab Radhiyallahu 'anhu:"Tidak lah seorang hamba diberi kenikmatan yang lebih besar setelah keislaman, selain sahabat yang soleh. Maka apabila kalian mendapati teman yang soleh, pegang lah ia serat-erat nya"



Berkata Imam Syafi'i:

" Apabila kalian memiliki teman - yg membantu mu dalam ketaatan- maka genggam erat tangan nya, kerana mendapat kan seorang sahabat itu sulit sedang kan berpisah dari nya itu.

Berkata Al Hasan Al Bashri:
"Sahabat2 kami lebih kami cintai daripada keluarga dan anak2 kami, kerana keluarga kami mengingat kan kami pada dunia, sedang kan sahabat2 kami mengingat kan kami pada akhirat. Dan sebagian sifat mereka adalah : itsar ( mendahulu kan orang lain dalam perkara dunia )

Berkata Luqman Al hakim pada anaknya
"Wahai anak ku hendak nya yang pertama engkau usaha kan setelah keimanan kepada Allah adalah mencari sahabat yang jujur. Kerana ia ibarat pohon, bila engkau duduk berteduh di bawah nya, ia akan meneduhi mu, bila engkau mengambil buah nya dia akan mengenyang kan mu dan bila ia tidak memberi mu manfaat, ia tidak merugi kan mu"

Ketika Imam Ahmad rahimahullah sakit, sampai terbaring di tempat tidur nya, sahabat beliau, Imam Syafi'i rahimahullah menjenguk nya. Maka tatkala Imam Syafii melihat sahabat nya sakit kuat, beliau sangat sedih, sehingga menjadi sakit kerana nya. Maka ketika Imam Ahmad mengetahui hal ini, beliau menguat kan diri untuk menjenguk Imam Syafi'i.

Ketika beliau melihat Imam Syafi'i beliau berkata:
Kekasih ku sakit, dan aku menjenguk nya, maka aku ikut menjadi sakit kerana nya. Kekasih ku telah sembuh dan ia menjenguk ku, maka aku menjadi sembuh setelah melihat nya.
Ya Allah beri kan kepada kami sahabat-sahabat yang soleh dan solehah.

*Aamiin, Aamiin, Aamiin, Ya Robbal A'lamiin.*

Thursday, 6 October 2016

6 TIPS BERSANGKA BAIK DARI SYEIKH ABDUL KADIR AL-JAILANI

Saya SUKA nasihat tuan Syeikh ini.
Saya kongsikan dgn sahabat2 yang di kasihi..semuga kita dapat merenung dan muhasabah diri.

Bissmilahirahmanir rahim.




1. Jika engkau bertemu dengan SESEORANG, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

2. Jika bertemu ANAK.KECIL, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

3. Jika bertemu orang TUA, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4. Jika bertemu dengan seorang yang BERILMU, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5. Jika bertemu dengan seorang yang JAHIL, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia Jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6. Jika bertemu dengan orang KAFIR, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Pendek kata, konsep sangka baik ialah tidak memandang diri lebih baik, lebih bagus, lebih afdhal dan lebih tinggi dari sesiapa pun kerana kita tidak mengetahui benar-benar dari Loh Mahfuz adakah kita akan meninggal dengan husnul khatimah atau su'ul khatimah.

Tidak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Jika ternampak sesuatu yang boleh membawa kita bersangka buruk kepada manusia lain maka carilah 70 alasan untuk kita terkeluar dari sangkaan buruk tersebut agar kita dapat bersangka baik dengannya.

Seseorang yang bersangka baik, dia tetap benar disisi Allah walau sangkaannya itu tersalah namun seseorang yang bersangka buruk akan tetap salah disisi Allah walau sangkaannya itu tepat dan benar.
Satu-satunya yang kita boleh bersangka buruk ialah nafsu kita sendiri. Carilah aib dan kekurangan diri sendiri, jika kita sibuk dengan keaiban kita masing-masing nescaya kita tidak akan ada masa untuk mengintai dan memperkatakan keaiban orang lain.

Semoga kita diberi sifat mata lebah yang sentiasa melihat dan mencari kebaikan bunga dimana-mana dan bukan mata lalat yang sentiasa memandang dan mencari kotoran dan najis diserata tempat.

..Indahnya Hidup Berilmu dan Bersyariat..


Dakwah Itu Indah..

🍀Masya Allah, dengan halus, santun, dan cerdasnya, Buya Hamka menasehati kita semua tentang Dakwah....

▫Dakwah itu membina, bukan menghina.

▫Dakwah itu mendidik, bukan 'membidik'

▫Dakwah itu mengobati bukan melukai.

▫Dakwah itu mengukuhkan bukan meruntuhkan.

▫Dakwah itu saling menguatkan, bukan saling melemahkan.

▫Dakwah itu mengajak, bukan mengejek.

▫Dakwah itu menyejukkan, bukan memojokkan.

▫Dakwah itu mengajar, bukan menghajar.

▫Dakwah itu saling belajar, bukan saling bertengkar.

▫Dakwah itu menasehati bukan mencaci maki.

▫Dakwah itu merangkul bukan memukul.

▫Dakwah itu ngajak bersabar, bukan ngajak mencakar.

▫Dakwah itu argumentative, bukan provokatif.

▫Dakwah itu bergerak cepat, bukan sibuk berdebat.

▫Dakwah itu realistis bukan fantastis.

▫Dakwah itu mencerdaskan bukan membodohkan.

▫Dakwah itu menawarkan solusi bukan mengumbar janji.

▫Dakwah itu berlomba dalam kebaikan bukan berlomba saling menjatuhkan.

▫Dakwah itu menghadapi masyarakat bukan membelakangi masyarakat.

▫Dakwah itu memperbarui masyarakat, bukan membuat masyarakat baru.

▫Dakwah itu mengatasi keadaan bukan meratapi kenyataan.

▫Dakwah itu pandai memikat, bukan mahir mengumpat.

▫Dakwah itu menebar kebaikan bukan mengorek kesalahan.

▫Dakwah itu menutup aib dan memperbaikinya, bukan mencari2 aib dan menyebarkannya.

▫Dakwah itu menghargai perbedaan, bukan memonopoli kebenaran.

▫Dakwah itu mendukung semua program kebaikan bukan memunculkan keraguan.

▫Dakwah itu memberi senyum manis, bukan menjatuhkan vonis.

▫Dakwah itu berletih-letih menanggung problema umat, bukan meletihkan umat.

▫Dakwah itu menyatukan kekuatan, bukan memecah belah barisan.

▫Dakwah itu kompak dalam perbedaan, bukan ribut mengklaim kebenaran.

▫Dakwah itu siap menghadapi musuh bukan selalu mencari musuh.

▫Dakwah itu mencari teman, bukan mencari lawan.

▫Dakwah itu melawan kesesatan bukan mengotak atik kebenaran.

▫Dakwah itu asyik dalam kebersamaan bukan bangga dengan kesendirian.

▫Dakwah itu menampung semua lapisan,bukan memecah belah persatuan.

▫Dakwah itu kita mengatakan: *"aku cinta kamu"*bukan "aku benci kamu"

▫Dakwah itu kita mengatakan: "Mari bersama kami" bukan "Kamu harus ikut kami".

▫Dakwah itu *"Beaya Sendiri"*bukan "Dibeayai/Disponsori"

▫Dakwah itu "Habis berapa ?" bukan "Dapat berapa ?"

▫Dakwah itu "Memanggil/   Mendatangi  bukan "Dipanggil/Panggilan"

▫Dakwah itu "Saling Islah" bukan "Saling Salah"

▫Dakwah itu di masjid, di sekolah, di pasar, di kantor, di parlemen, di jalanan, hingga dimana saja, bukan hanya di pengajian.

▫Dakwah itu dengan "Cara Nabi" bukan dg "Cara Sendiri"

~ Buya Hamka ~

Semoga bermanfaat 🙏🙏🙏

7 Wasiat Rasulullah Kepada Abu Dzar Al-Ghifari

Wasiat seorang kekasih kepada kekasihnya...

Wasiat Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam Kepada Abu Dzar Al-Ghifari radhiyallahu 'anhu

عَنْ أَبِيْ ذَرٍّ قَالَ: أَوْصَانِيْ خَلِيْلِي بِسَبْعٍ : بِحُبِّ الْمَسَاكِيْنِ وَأَنْ أَدْنُوَ مِنْهُمْ، وَأَنْ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلُ مِنِّي وَلاَ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ فَوقِيْ، وَأَنْ أَصِلَ رَحِمِيْ وَإِنْ جَفَانِيْ، وَأَنْ أُكْثِرَ مِنْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، وَأَنْ أَتَكَلَّمَ بِمُرِّ الْحَقِّ، وَلاَ تَأْخُذْنِيْ فِي اللهِ لَوْمَةُ لاَئِمٍ، وَأَنْ لاَ أَسْأَلَ النَّاسَ شَيْئًا.

Dari Abu Dzar Radhiyallahu 'anhu , ia berkata: “Kekasihku (Rasulullah) Shallallahu 'alaihi wa sallam berwasiat kepadaku dengan tujuh hal:

(1) Supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka,

(2) Baginda memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku,

(3) Baginda memerintahkan agar aku menyambung silaturahmiku meskipun mereka berlaku kasar kepadaku,

(4) Aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan "lâ haulâ walâ quwwata illâ billâh" (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah),

(5) Aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit.

(6) Baginda berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah.

(7) Baginda melarang aku agar tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia.

(Hadith Riwayat Ahmad, At-Thabarani, Ibnu Hibban)

Justeru, zahirkanlah kasihmu pada sahabat walaupun dengan seuntai nasihat...

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Wednesday, 5 October 2016

How Islamic are the Islamic Countries

A study conducted by Prof. Hussain Askari of George Washington University entitled *“How Islamic are the Islamic Countries"* showed that most of the countries that apply *Islamic Principles* in their daily lives are not ones that are traditionally Muslim. New Zealand ranked 1st, Luxembourg 2nd, Ireland 3rd, Iceland 4th, Finland 5th, Denmark 6th and Canada 7th. Malaysia ranked 38th, Kuwait 48th, Bahrain 64th and the Kingdom of Saudi Arabia 131th.

The study, published in the *Global Economy Journal* might be shocking to most of us but when we look around us and see the reality of the situation, we find that the results of the study are accurate and true.

As Muslims we seem to care only about performing religious Obligations/Rituals/Sunnah (prayer, fasting, niqab, beards, etc), reading the Qur’an and the Hadiths, but we don't practice what we espouse. We listen to religious lessons and sermons more than the other people on the face of the earth, but we are still not the best of Nations. In the last 60 years, we have listened to 3,000 Friday sermons.

A Chinese merchant once said: “Muslim merchants come to me and ask me to put fake international labels and brands on their goods. When I invite them to eat, they refuse because the food is not Halal. So it is Halal for them to sell fake goods?”

A Japanese Muslim said: “I traveled to the West and saw Islam in practice applied in the daily life of non-Muslims. I traveled to the East, I saw Islam but did not see any Muslims. I thank Allah I knew Islam before I knew how Muslims act.”

Religion should not be reduced to Prayer and Fasting. It is a way of life and it is about how we treat others.

Performing a religious obligation is up to you and it is something between you and Allah. However, good ethics is something between you and other people. In other words, if we do not put Islamic ethics into action and practice, corruption will become rampant and disgrace will be our future.

We should not judge a person based on how he performs religious obligations for he might be a hypocrite.

The Prophet Muhammad (peace be upon him) said: “Verily, the bankrupt of my nation are those who come on the Day of Resurrection with prayers, fasting and charity, but also with insults, slander, consuming wealth, shedding and beating others.”

I believe *Islam* (external aspect of faith) is incomplete without *Imaan* (internal aspect of faith) and *Ihsaan* (social aspect of faith). Ponder, understand and realize this.

Lord Bernard Shaw have said:

*Islam is the BEST religion and Muslims are the WORST followers.*

Tuesday, 4 October 2016

Antara Cukup & Sempit Rezeki

Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam2. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer.. kenapa ya ustaz?

Ustaz : Abang ada ibubapa ke?
Pengadu : Mak ayah saya dah tiada.
Ustaz : Abang ada isteri tak?
Pengadu : Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak...
Ustaz : Saya beri 2 KUNCI rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu..

(pengadu diam termenung.)
Kemudian dia cakap, betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri?
Ustaz : Bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita?

Sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita.. Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya. Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita yang sanggup bersusah payah hidup bersama kita..

Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena...

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..
(Tak lama dia datang jumpa saya.)
Katanya, ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka..
Silaturrahim membuka pintu rezeki...inikan bersama isteri kita yang tercinta..

Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?
Jawabnya ya ustaz. Saya tipu isteri saya. Insya-Allah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah..☺☺☺☺

Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah.

Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan menyokong suami agar rahmat Allah mencurah-curah.

Kredit : Ustaz Ebit Lew 
#sharingiscaring

Cinta Haqiqi

ALLAH,
Cintai Dia terlebih dahulu...
Sebab, ditanganNya lah hatiku dan hatimu berada.

Hanya Dialah yang mampu membolak-balikkan hati seseorang.
Kerna Cinta,hakikatnya adalah milik Allah.

Perginya Cinta dengan izin Allah...
Hilangnya Cinta atas kehendak Allah...
Dicintai dan Mencintai itu adalah Anugerah Allah...

Maka,
Jadikanlah Cinta manusia sebagai jambatan ataupun perantaraan untuk meraih Cinta Allah...
Kerna itu Cinta yang Haqiqi,
Cinta yang tidak perturutkan hawa nafsu.

Allah ingin pembuktian dari hambaNya,
Bahawa Cinta makhluk tidak melebihi Cinta kepadaNya,....
Jika benar Cinta itu kerana Allah.....

Maka,
Biarlah ia mengalir mengikut Aliran Allah,
Kerana hakikatnya berhulu dari Allah,
Maka ianya berhilir hanya kepada Allah...

Insyaallah:-)

_______________________
"CINTA itu tempatnya adalah di hati, seadangkan hati itu raja segala anggota,apabila hati itu suci dengan cinta hanya kepadaNya, maka anggota pun seluruhnya akan menjurus kearah menggapai redhaNya,"

Telegram:

@tausiyahSuFI

Rezeki Dalam Hidup Kita Berbeza

Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz Al Quran_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat travel sana-sini_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, business maju dan bertambah maju_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, ada rumah yang selesa di diami_

_*Hakikatnya..*_
_Allah menjadi kan kita semua, orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri._

_Cuma kadang2 kita yang tak nampak & tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang & material_

_*Alhamdulillah..*_

_Semua benda yang baik adalah *rezeki dari Allah*, walaupun hanya dengan dapat *baca satu ayat Al Quran* dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca *Al Quran* walaupun sekali dalam hidup dia_

_*Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat*_

_Utamakan kehendak Allah, In Sha Allah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara_

_Berlapang dada lah dalam mencari rezeki, *bersyukurlah* dalam setiap rezeki yang kita dapat_

_Rezeki kita.._
_Masih hidup lagi hari ni & berkesempatan utk bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi & pergi berjumpa Allah nan satu tanpa sempat bertaubat.._

Sunday, 2 October 2016

Tomato!!

Seorang guru meminta pelajar-pelajarnya utk membawa beberapa tomato dalam beg plastik ke sekolah.

Tiap tomato ini diberi nama orang yang dibenci oleh pelajar2 tersebut.

Jadi, bilangan tomato akan sama dengan bilangan orang yang mereka benci.

Pada hari yg ditetapkan, Semua kanak-kanak membawa tomato mereka.
Ada yg memiliki dua, sesetengahnya memiliki tiga dan sesetengahnya memiliki lima, beberapa bahkan mempunyai 20 tomato mengikut bilangan orang yang dibenci mereka.

Guru tersebut kemudian memberitahu, mereka terpaksa membawa tomato dengan mereka kemana-mana mereka pergi selama dua minggu.

Hari-hari berlalu, pelajar2 mula mengadu tentang bau reput dan busuk tomato tersebut.

Pelajar2 yang banyak tomato mengadu ia adalah sangat berat untuk dipikul dan bau terlalu busuk.

Lepas seminggu, guru bertanya para pelajar

"Bagaimana anda rasa minggu ini?"

Pelajar2 mengadu bau busuk dan seksa yang amat sangat sebab berat daripada tomato, terutama orang-orang yang membawa banyak tomato.

Guru berkata, "ini adalah amat serupa dengan apa yang anda bawa dalam hati anda apabila anda tidak suka kepada sesetengah orang.
Kebencian membuat hati tidak tenang dan tidak sihat, dan anda membawa kebencian itu di mana-mana.

Jika anda tidak boleh tahan bau tomato rosak selama seminggu, bayangkan kesan kepahitan hati anda kerana anda membawa ia setiap hari."

  Hati ialah sebuah taman indah yang memerlukan pembersihan drpd rumpai yang tidak diingini.

Maafkan orang-orang yang telah menimbulkan kemarahan dan kebencian anda.

Ini akan membuat Ruang untuk menyimpan perkara yg baik2.

Ianya lebih baik, tidak pahit

Saya dgn rendah diri memohon ampun Dan maaf Dan halalkan segalanya😊😊..
---Salam Maal Hijrah---

Saturday, 1 October 2016

30 TANDA-TANDA HATI KOTOR

1. Gelisah walaupun tiada masalah.
2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.
3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain.
4. Tidak amanah dan mungkir janji.
5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.
6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.
7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.
8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.
9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.
10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang
11. Menyampaikan ilmu dengan riak.
12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.
13. Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk.
14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.
15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)
16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada
17. Solat yang tidak khusyuk.
18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.
19. Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir.
20. Cinta kepada duniawi dan materialistik.
21. Mudah bersangka buruk terhadap orang.
22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh.
23. Suka bergosip dan menabur fitnah.
24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.
25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat. Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.
26. Pendendam.
27. Penting diri dalam semua hal.
28. Berpura-pura dan suka membodek.
29. Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain.
30. Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.

*Kesemua sifat diatas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk diatas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.*

Motivasi Qur'an

🍂 Jangan beritahu kepada orang2 berapa engkau hafal Al-Quran Alkarim Akan tetapi biarkan mereka melihat Al Quran pada dirimu,  berilah makan orang yang lapar,  berikan pakaian kepada yang tak punya,  kasihilah anak yatim,,  maafkanlah orang yang berbuat salah.  Berbuat baiklah kepada Ibumu,  senyumlah kepada semua orang.🍂

🍂Ungkapan yg benar bukanlah " Sudah sampai mana hafalanmu tapi ungkapan yg benar adalah sudah sampai mana AlQuran pada dirimu?  "🍂 (Nilai2 Al-Quran kita amalkan)

@MotivasiQuran
telegram.me/MotivasiQuran