Saturday, 31 December 2016

Nasihat Ibu Ayah dan Anak

1.    Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menmpakkn segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata
2. Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
3. Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

3   Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

6.    Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada perntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya.  Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.1

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

ANAK2 BERMASALAH

LARI DARI RUMAH

1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepdanya.

DEGIL

1. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK

» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.

Oleh kerana sahabat2 dalam group ni saya sayangi...
Dengan niat yg baik ikhlas kerna Allah same2 berdoa

"Yaa Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... Orang Yg M'baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat‥
Sabar‥
Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia‥
Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya‥
Mudahkan Rezekinya‥
Sihatkan Tubuh Badannya‥
Jika Dia Melangkah‥
Selamatkanlah Dia‥
Mudahkan Langkahnya‥
Aaminn…

Kirim Ke-9 Teman Yg Kmu Sayangi Dalam Waktu 9 Minit‥
Hidupmu Akan Bahagia Kerana 9 Orang Itu Juga akan Mendoakanmu…
Wassalam

Ust. Sihabuddin Muhaemin

Hidup Itu Dengan Melihat

*Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,*
*Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah*.

*Aku melihat hidup teman-temanku tidak ada duka dan kepedihan*,
*Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.*

*Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,*
*Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dalam kehidupannya*.

*Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,*
*Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.*

*Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung*
*Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung*

*Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..*
*Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..*

*Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini*

*Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tidak pernah mengurangkan ketetapanNya*.

*Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.*

*Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.*
*Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.*

*Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.*

*Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.*

*Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.*
*Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusanNya..*

*Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..*

*Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.*

*Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.*

*Rezeki tidak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.*

*Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.*

*Ikhtiar itu perbuatan*.
*Rezeki itu kejutan*.

*Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak,*
*"Dari mana dan digunakan untuk apa"*

*Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...*
*Halalnya dihisab dan haramnya diazab*

*Maka, aku tidak boleh merasa irihati pada rezeki orang lain*
*Jujur bila berkata*
*Hayati bila membaca*
*Ikhlas bila menerima..*

Thursday, 29 December 2016

Anak-Anak VS IbuBapa

Hari ni dpt post drpd satu group yg begitu cantik isi kandungannya..
Jom pakat baca dan renungkan...

*Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..*
*Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa*
*Makan apa sahaja...*
*Tengok siaran tv ikut suka...*
*Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...*
~
*Tapi...*
*Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....*
*Tak boleh masak sesuka hati...*
*Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....*
*Buat apa sahaja ikut suka....*
*Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..*

*Begitu juga...*
*Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....*
*Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....*
*Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.*
*Kalau rosak semua ibubapa tanggung..*

*Tapi...*
*Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....*
*Apatah lg dgn sesuka hati.*
*Takut rosak lah...*
*Takut langgar lah...*
*Takut calar lah.....*
*Kalau guna pun...*
*Pastikan minyak penuh semula.....*
*Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....*

*Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....*
*Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....*

*Tetapi anak-anak...*
*Belum tentu mengasihi ibubapa....*
*Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....*
*Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...*

*Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...*
*Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...*
*Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...*
*Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...*
*Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...*

*Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..*

*Tetapi...*
*Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...*

*Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa*

*Inilah diantara isi kandungan kuliah yg sgt terkesan & realistik dlm keadaan dunia di akhir zaman ini...*

_Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti..Insha Allah...._

Ada Apa Dengan Makan Tempe?

Apa Jadi Pada Badan Kita Sekiranya Suka Makan Tempe?

Baca 5 Kesan Ini.

Siapa suka makan tempe ; sila baca ini.

Tempe kalau makan panas-panas memang best dan sedap !

Biasanya tempe dijual di kedai runcit atau pasaraya dengan bersalut plastik ataupun suratkhabar.

Goreng pun sedap, buat sambal tempe lagi sedap!

Makanan ini sangat sinonim dengan masyarakat di Indonesia ataupun Jawa.
Rugi kalau ada yang tak suka makan tempe, nak tahu kenapa?

Ini sebab-sebab yang anda perlu tahu :-

1). Tempe mengandungi khasiat kalsium yang sama dengan air susu.
Kajian ini dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Dekan dan Professor Pemakanan Dietetik UKM.
Selain itu, tempe berkesan untuk mencantikkan wajah.

2). Tempe mampu mencerahkan kulit wajah dan tiada kesan bahaya malah akan menampakkan anda sentiasa kelihatan muda. 
Kenyataan ini disahkan sendiri oleh penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM.

3). Selain itu, tempe boleh mengurangkan kolestrol, meningkatan kekuatan tulang, mengurangkan gejala monopous awal dan kandungan protein sama tinggi seperti daging.

4). Tempe sangat bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi.
Kenapa? 
Tempe mengandungi zat besi, flafoid  yang bersifat antioksidan dimana membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

5). Kalau korang ada masalah cirit birit, amalkan makan tempe sebab kandungan protein yang tinggi mempercepatkan tempe untuk dicerna.
Tempe juga boleh mengelakkan individu terkena keracunan makanan.

××××××××××××××

Haaa .... !!!

Nampak sahaja tempe ini macam tiada khasiat, tapi sebenarnya

.... banyak khasiat dan kebaikan untuk badan manusia. ....Bertuah kpd pengemar tempe...Kalau dulu bila orang makan
tempe....Mesti sinonim dgn bangsa Jawa...Sekarang Cina pun makan tempe...
Anda bila lagi...

Jadikan tempe makanan kegemaran anda.

Makan tempe badan jadi sihat wajah bertambah mulussss...
Selamat Mencuba...

Tuesday, 27 December 2016

PERKONGSIAN MENGUBAT KENCING MANIS OLEH SEORANGBPESARA IMIGRESEN


*Saya pernah mengidap kencing manis dan kini kencing manis saya sudah sembuh sepenuhnya dan ramai kawan2 saya juga sembuh selepas saya bagi cara mengubatinya*.

*Ambil sebiji limau nipis.dan sumbat sebiji garam kasar di dalam nya dan rebus dengan tiga gelas air*. *Rebus agak lama dari tiga gelas air hingga sampai airnya tinggal agak segelas dan hancurkan limaunya*.

*Yang penting biji limau tu dihancurkan guna senduk dan bila sudah hancur tapis air tu dan bila sejuk dan diminum*.
*Perlu sedia gula2 atau makanan yang manis2 kerana biasanya selepas minum air limau itu, gula dalam badan akan jadi kosong*.

*Guna garam kasar size biasa saja dan tak perlu besar sangat, belah sikit limau tu untuk sumbat garam. Sebaiknya buat tiga kali sebiji setiap kali dan berselang sehari membuatnya*.

*Ingat yg penting hancurkan biji*. *Limau tu jika tak hancur kencing manisnya cuma kurang tapi tak sembuh*.

*Saya dapat ubat ini setelah saya buat solat hajat mohon ubat kencing manis dari Allah SWT kerana waktu itu kaki saya hampir dipotong sebab dah busuk*.

*Alhamdulillah sekarang dah 6 tahun pulih sepenuhnya dan saya tidak pernah pantang makan gula*.

PENDEKNYA SAAT MEMBESARKAN ANAK-ANAK

Satu ketika dulu rumah ini di penuhi oleh tawa tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurausenda dan bagai lagi. Buku2 pensel, seluar baju berteraburan di lantai bilik. Bedak, sikat ntah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal berteraburan d bawah meja. Maka...... kedengaran lah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku2 dan hantar pakaian kotor ke bilik air.

Pagi esoknya... seorang akan bertanya emak. "Mak... mana pensil saya.". Kemudian sorang lagi brtanya... " bedak mana makkk?" Sorang pulak akan tanya..." anak tudung saya mana mak?.
Mak segera lupakan jeritan semalam... "Tu laaa... lain kali jangan sepah barang2."

Dan sekarang bila mak buka pintu bilik anak2...😔😔😔 ada katil yg dah kosong. Tmpt sangkut baju pun... sikit jer bajunya.

Apa yg tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau kamu semua pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran.  Mak boleh cam mana satu bau anaknya.  Tiap2 anak punyai bau istimewa masing2. Jadi... mak pun hidu udara bilik tu sedalam2nya untuk hilangkan rindu pada anak2.

Apa yg tinggal sekarang adalah memori gelak tawa tangis dan aneka perangai anak2. DAN JUGA... kehangatan badan anak2 dibawah pelukannya masa kecil dulu.
Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur.
Tapi ia seindah padang pasir yang x berpenghuni.
Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jerit... suruh anakanak2 buka atau tutup.
Kamu semua dah ada dunia sendiri.
Dan mak/abah sentiasa memohon... YA ALLAHHH...peliharalah anak2 ku walau dmana jua mereka berada. Sesungguhnya kau maha pengasih lagi penyayang.

Nikmatilah waktu yg sedang dijalani sekarang kerana hari ini akan menjadi sejarah pada esok hari...

Dedicated to all parents... Kehidupan kita sekarang...😀

MUSIBAH AKHIR ZAMAN

Saya perturunkan teks khutbah imam masjidilharam tentang bahayanya media sosial, ia panjang tapi bacalah pelan2, lepas tu bagilah pandangan berkaitan dgn apa yg sedang dibincang ini;

MUSIBAH AKHIR ZAMAN?

Imam Masjidil Haram Asy-Syaikh Su’ud asy-Syuraim ketika membaca khutbah Juma’at beliau berkata:

"Adakah kita  tidak melihat perubahan dalam hidup kini setelah masuknya Whats App, Facebook, Instagram dan lain-lainnya dalam kehidupan kita?

Hal ini merupakan Ghazwul fikri (perang pemikiran) yang menyerang akal, namun sangat sayang kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari deen Islam yang lurus dan dari zikir kepada Allah ta'ala.

Kita telah menjadi penyembah-penyembah dan penagih Whats App, Twitter, Facebook, youtube, Instagram dan seangkatan dengannya.

Kenapa hati kita menjadi keras ?
Itu akibat seringnya kita melihat video yang mengasyik dan melalaikan dan juga kejadian2 yang dishare di Whats App.

Banyak perkara pelik-pelik dan hiburan di sana sini yang melalaikan.

Hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tidak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh itu hati mula mengeras seperti batu.

Kenapa kita berpecah belah dan kita putus tali persaudaraan ???

Kerana kini silaturrahim kita hanya melalui Whats App saja, seakan-akan kita bertemu di alam maya sahaja setiap hari.

Namun bukan begini tata cara bersilaturrahim dalam agama Islam. Kita bongkak dengan diri kita, teknologi di hujung jari kita ada.

☎  Kenapa kita sangat sering mengumpat, padahal kita tidak sedang duduk dengan seorang pun.

Itu kerana saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibah (umpatan) terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke group2 lain.

Dengan begitu cepatnya kita mengghibah (mengumpat), sedang kita tidak sedar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu setiap hari.

Sayang sungguh, kita telah menjadi penagih teknologi ini.

Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita.
Kita duduk bersama teman-teman, HP ada di genggaman.

Suami-isteri tidak bertegur. Isteri lupakan kebaikan suami.Terlalu sibuk dengan handphone di tangan....

Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi hand phone ada di tangan pula.

Sedang memandu, HP juga di tangan.
Hinggakan anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, kerana kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handphone.

Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Kerana sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sangat kehilangan.

Adakah perasaan seperti itu ada juga pada ketika solat dan tilawatul Qur'an "???

Adakah kita yang mengengkari hal ini ?
Dan siapakah yang tidak mendapatkan perubahan negatif dalam kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupan seseorang muslim dan setelah menjadi ketagih ?

Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur ? Apakah Hand Phone ?

Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, jangan sampai ada hal-hal yang menyibukkan kita dari tanggungjawab dan agama kita.

Kita tidak tahu berapakah sisa-sisa umur kita"

Jangan disembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.

Semoga handphone yang kita miliki adalah wasilah (alat) untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan...."

12 PINTU - PINTU REZEKI

*1.Rezeki Yang Telah dijamin.*

_"Tidak ada satu mahluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya"_
(Q.S.11:6)

*2.Rezeki Karena Usaha.*

_"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya"_ (Q.S.53:39)

*3.Rezeki Karena Bersyukur.*

_"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu"_ (Q.S.14:7)

*4.Rezeki yg Tak Terduga.*

_"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya"_
(QS. At Thalaq :2)

*5.Rezeki Karena Istighfar.*

_"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta”_ (QS. 71 : 10-11)

*6.Rezeki Karena Menikah.*

_"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemapanan kepada mereka dengan karunia-Nya.”_(QS. an-Nur : 32)

*7.Rezeki Karena Anak.*

_"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”_(QS. al-Isra 31)

*8.Rezeki Karena Sedekah.*

_"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak"_ (QS. Al Baqarah 245)

*9. Rezeki karena rajin menjalin tali silaturrohim*

*10. Rezeki karna Iman dan taqwa.*

*11. Rezeki karena pengorbanan diri, harta dan waktu utk urusan Keagamaan*

*12. Rezeki krn istiqomah membaca Al-Qur'an, Surah Al Waqiah, dan Sholat Sunnah Dhuha.*

Yaa Allah..
Yaa Robb, Yang Maha Kaya, lapangkanlah & berkatilah rezeki kami dari arah yg tidak disangka sangka, rezeki yg halal dan penuh berkah barokah...
Sesungguhnya Tuan Maha Pemberi dan Pemilik semua pintu rezeki..
Aamiin

Monday, 26 December 2016

Kisah Petani Jagung

Di satu desa di Osaka, Jepun, terdapat petani yang menanam jagung terbaik dan seringkali memenangi penghargaan 
_Jagung Terbaik_ sepanjang musim.

Suatu hari, seorang wartawan tempatan mewawancara untuk menggali rahsia kejayaan si petani.

Wartawan itu melihat satu kepelikan..iaitu petani tersebut selalu memberikan benih jagungnya kepada para tetangganya.

"Bagaimana anda boleh saling memberi benih jagung dengan tetangga anda, kemudian bersaing pula dengannya dalam persaingan yang sama setiap tahun?", tanya wartawan, dengan penuh rasa hairan dan takjub.

_"Tidakkah anda mengetahui angin menerbangkan serbuk debunga dari jagung yang akan berbuah  membawanya dari satu ladang ke ladang yang lain._

_Jika tetangga saya menanam jagung yang tidak baik , maka kualiti jagung saya akan menurun ketika debunga jagung bersilang._

_Jika saya ingin menghasilkan jagung berkualiti unggul, maka saya mesti membantu tetangga saya untuk menanam jagung yang bagus juga",_ jawab si petani itu.

Petani ini sangat memahami *prinsip memberi dalam kehidupan..*
Dia tidak dapat meningkatkan kualiti jagungnya, jika dia tidak membantu tetangganya untuk melakukan hal yang sama.
*****
*Kualiti kebaikan sering juga ditentukan oleh orang di sekitar kita..*

Orang yang baik, adalah yang mahu orang lain juga menjadi baik.

*Menjadi orang penting itu baik..*
Tapi..
*Menjadi orang baik itu lebih penting.*

Semoga Allah selalu membimbing kita sentiasa..
_berhati bersih, berfikiran jernih, berkata baik, dan berperilaku positif_

Kita pada Allah agar terhindar dari pujukan syaitan yang menyebabkan,
_hati kotor, fikiran keruh, perkataan buruk, dan sikap negatif_

Moga Kehidupan kita lebih bermanfaat pada 2017 yang sudah di ambang pintu.

Ayuh sahabat..
Mari menyebar luas kebaikan kepada ahli keluarga, teman, jiran tetangga, rakan setaman dan setiap insan ditemui..

*Usaha berterusan sehingga sampai helaan nafas terakhir..*

Mengapa membaca Al Qur'an itu sangat penting?

Menurut kajian yang dilakukan oleh *Dr. Al Qadhi di Klinik Besar Florida,* Amerika Syarikat telah membuktikan hanya dengan mendengar ayat suci Al Qur'an baik yang mengerti bahasa Arab atau tidak, dapat memberikan perubahan fisiologi yang sangat besar termasuklah menghindari diri dari pelbagai jenis penyakit.

Perkara ini juga dikuatkan lagi dengan penemuan *Dr Muhammad Salim dari Universiti Boston.*

Jadi mengapa di dalam Islam ketika mengaji disarankan untuk bersuara yang mana sekurang-kurangnya didengari oleh telinga kita sendiri?

Berikut penjelasannya :

✅ Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama, dan perubahan sekecil apapun dalam getaran ini akan menimbulkan potensi penyakit di pelbagai bahagian tubuh.

Maka sel2 yang rosak ini harus digetarkan kembali untuk mengembalikan keseimbangannya hanya dengan suara.

Maka muncullah terapi suara yang ditemukan oleh *Dr Alfred Tomatis dari Perancis.*

Sementara itu *Dr. Al Qadhi*  juga menemukan bahwa membaca Al Qur'an dengan bersuara memberikan pengaruh yg luar biasa terhadap sel2 otak untuk mengembalikan keseimbangannya.

✅ Seterusnya kajian ini membuktikan _*sel cancer*_ dapat dihancurkan dengan menggunakan frekuensi suara saja.
Ini terbukti dengan hanya membaca Al Qur'an akan memberikan impak yang hebat dalam proses penyembuhan penyakit cancer.

✅ Virus dan kuman berhenti bergetar saat dibacakan ayat suci AlQur'an dan di saat yang sama, sel2 sehat menjadi aktif dengan mengembalikan keseimbangan yang terganggu tadi.
*(QS Al Isra' : 82.)*

Dan yang lebih menguatkan supaya diri sendiri yang membaca bagi penyembuhan diri adalah kerana :

SUARA YANG PALING MEMILIKI PENGARUH KUAT TERHADAP SEL2 TUBUH ADALAH SUARA SI PEMILIK TUBUH ITU SENDIRI !
*QS 7  : 55 & QS 17: 10*

*Mengapa solat berjamaah lebih di anjurkan ?*
Ini kerana ada bacaan yg dilantunkan dengan keras sehingga terdengar oleh telinga dan ini akan memgembalikan sistem yang rosak.

*Mengapa Islam tidak menganjurkan mendengar lagu hingar bingar?*
Ini kerana telah dibuktikan bahwa getaran suara boleh MENJADIKAN TUBUH TIDAK SEIMBANG

Maka kesimpulannya :

1. Kurangkan mendengar muzik hingar bingar, dan gantikan dgn murotal yang terbukti memberikan efek penyembuhan

2. Maka bacalah Al Qur'an, kerana efek suara kita sendirilah yang paling hebat dalam penyembuhan.

*Selamat Membaca alQur'an...*

Sunday, 25 December 2016

ABAH DAN BAJU SEKOLAH HUTANG

Seminggu dua nak buka sekolah ni teringat zaman kecik dulu sewaktu arwah abah masih hidup ... masa nilah abah akan naik motor ke sana ke mari pergi jumpa sedara mara yang senang sikit untuk pinjam duit beli baju sekolah kami adik beradik. Kadang2 abah pinjam dengan kawan2 abah, tokey kedai tempat abah sarapan pagi2 dan mcm2 orang lagilah.

Abah tak pernah bagi tahu dia berhutang sana sini untuk beli keperluan sekolah adik beradik. Tapi kami tahu ... kami faham. Dan kesusahan itu menjadikan kami berusaha habis-habisan untuk berikan result yang bagus untuk abah.

Tapi zaman dulu kasut sekolah boleh pakai lama ... lambat pulak ketat .. budak2 sekolah sekarang ni setahun sampai dua tiga kali tukar kasut ... cepat betul membesar ... hehehe ...

Pernah satu masa sewaktu darjah 4 nak masuk darjah 5 abah balik lewat malam dalam hujan. Tak dengar pulak bunyi enjin motosikal abah. Tahu2 pintu dah diketuk dan terdengar suara abah memangggil. Mak dan adik2 dah tidur. Masa tu saya yang bukak pintu. Abah kesejukan terketar-ketar. Abah berikan saya baju sekolah dan buku2 keperluan sesi persekolahan yang baru.

Tak ada apa2 yang keluar dari mulut abah melainkan dia mintak saya buatkan teh panas satu.
Malam tu berlalu begitu sajalah tanpa apa2 perbincangan.
Sehinggalah saya balik dari luar negara selepas habis belajar bertahun kemudian, satu malam sewaktu musim hujan seperti sekarang nilah abah mula bukak cerita ...

"Kau ingat tak abang .. masa kau kecik dulu satu masa tu abah balik tengah malam dalam hujan lebat, kau bukakkan pintu dan abah bawa balik buku-buku dan pakaian sekolah baru untuk kau dan adik-adik ... ingat tak?" Abah tanya ...

Saya hanya senyum dan mengangguk sambil teruja nak dengar cerita abah ...
" Sebenarnya masa tu abah baru balik dari cari duit cuba untuk pinjam duit dengan sedara mara kita untuk belikan kau dan adik2 baju sekolah dan buku ... tapi tak dapat ... "

" Akhirnya abah jumpa kawan lama abah satu masa dulu diapun susah jugak bukan orang senang ... tapi senang sikitlah dari kita ... Dialah yang berikan abah pinjam duit RM100 utk belikan buku2. Pakaian sekolah tu pun abah hutang dengan tuan kedai... dia bagi hurtang sebab dia tahu anak2 abah semua pandai2 belajar ."

Masa tu tanpa sedar air mata saya sudah laju keluar. Bibir tak boleh berkata-kata ... terkedu. Hati rasa sangat sebak. Abah terus berbicara ...

"Malam tu motor abah rosak .... abah tolak motor dari Kota Bharu balik ke Pasir Puteh dalam gelap sebab kedai dah tutup dan abah tak ada duit nak baiki motor. Abah tolak motor tu dalam hujan bercahayakan langit dan lampu kenderaan lain sejauh hampir 50km. "

" Sekarang abang dah balik dari luar negara ... abang dah berjaya ... abang kerja bagus2 .. abang bantulah orang macam abah yg ramai kat luar sana ... abang jadilah orang baik-baik...

jangan kedekut dengan rezeki yg Allah bagi pinjam ... abah tak ada harta nak bagi kat kau dan adik-adik. Abah hanya ada kasih sayang dan ilmu yang abah mampu berikan sekadarnya ... "

Dan pesanan itulah yang sentiasa tengiang-ngiang di telinga ini setiap kali nak masuk musim bukak sekolah.
Ya Allahh .. rindunya kat abah malam ni ... Terima kasih abah kerana membimbing hati ini dari kecik hingga sekarang walaupun jasadmu telah tiada ... kau tetap membimbing hati ini ..

Semoga Allah satukan hati-hati kita keluarga besar thirdforce untuk terus istiqamah dalam perjuangan membina bangsa yang prihatin dan saling bantu membantu ini.

Jommm jadi orang baik-baik.

Wasiat Imam Mujaddid Benua India

Wasiat al-Imam al-Muhaddith Shah Waliyullah ad-Dehlawi rahimahullahu ta'ala.

1- Janganlah kamu bergaul dengan orang kaya melainkan kerana maslahah agama.

2- Jauhilah golongan sufi yang jahil, 'abid yang jahil, ulama' yang tidak mempunyai sifat zuhud, muhaddith yang zahiri yang memusuhi feqah, dan mereka yang melampau dalam ilmu kalam dan penggunaan akal sehingga merendahkan perkara yang manqul.

3- Dekatilah golongan alim yang sufi, yang tidak memandang dunia, yang selalu berzikir kepada Allah swt, yang cintakan sunnah.

4. Janganlah mentarjihkan mana-mana mazhab fuqaha' ke atas yang lain seperti Hanafi lebih sunnah daripada Syafie. Ikutilah pendapat sarih yg muwafaqah dengan sunnah (bagi muhaqqiq yang alim dan mahir tentang sanad dan matan hadith)

5. Jauhilah daripada mentarjihkan mana-mana tariqat ke atas yang lain seperti tariqat Naqshabandi lebih dekat kepada sunnah jika dibandingkan dgn tariqat-tariqat lain, tariqat sekian lebih afdhal daripada tariqat sekian dan sebagainya.

Sunday, 18 December 2016

SALAH LAKU MENGENAI HARTA PUSAKA

1. Berwasiat kepada semua waris supaya membahagikan harta peninggalan secara sama rata selepas kematian pemilik harta. Tidak perlu berwasiat demikian kerana tidak sah, bahkan setiap waris yang berhak telah ada bahagiannya yang telah ditetapkan syarak.

2. Berebut-rebut menuntut harta pusaka di kalangan waris-waris sedangkan perebutan tidak perlu kerana syarak telah menetapkan siapakah ahli waris yang berhak ke atas harta pusaka dan berapa pula bahagiannya.

3. Menyembunyikan waris tertentu kerana tamakkan harta pusaka peninggalan si mati di samping terdapat masalah peribadi dan permusuhan antara waris yang tamak dan waris yang disembunyikan (dinafikan)  haknya.

4. Melambatkan pembahagian harta pusaka sehingga waris-waris yang sangat memerlukan lambat memperolehinya bahkan ada yang meninggal dunia sebelum sempat menikmatinya.

5. Menyangka harta tertentu adalah pemberian khusus daripada pemilik harta kepada waris sebelum kematiannya sedangkan hakikatnya tidak begitu. Contohnya harta pemilik yang diletakkan penama untuk memudahkan transaksi semasa pemilik harta sakit. Hakikatnya tujuan meletakkan penama untuk memudahkan urusan transaksi harta, bukannya memilikkan harta kepadanya.
(Catatan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar)

Kisah Sedih Seorang Anak Manusia

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya..

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat
Indonesia....

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya..

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya...

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak...

Kata mereka...

Tapi..

Pada suatu Subuh..

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat.

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih...

Selesai solat, semasa perjalanan pulang..

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan...

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya..

Anak-anaknya...

Saya katakan..

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila..

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak
bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka aka saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga  tak bagi mudarat pada saya..

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?.

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai  saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

sgt memberi keinsafan
 
Sebarknlah, x perlu nk sebar ke 20 org,40 org mahupn 100 org.

Sebar je seikhlas
hati demi secubit keinsafan diri.
Semakin hampir kita ke Alam barzakh
Peringatan utk diri sy juga dan sahabat semua....
Bacalah dengan hati yang lapang.. :

Sesibuk kita di pagi hari..
Dengan pelbagai urusan kehidupan kita..
Yang mencari nafkah..
Menguruskan keluarga..
Menguruskan anak-anak..

Renungi wajah anak-anak kita..
Siapa dari kalangan mereka yang akan menguruskan kita..?

Bila kita dah uzur dan tua..
Bila kita tak mampu mandi sendiri..
Siapakah yang sudi memandikan tubuh kita nanti..?

Bila kita tidak lagi mampu ke tandas..
Siapa yang sudi mencemarkan tangannya dalam memuliakan kita nanti..?

Bila kita tak mampu menyuapkan makan ke mulut sendiri..

Siapakah yang akan bermanja-manja memberi suapan sepenuh hati..?

Di saat kita sakit sakit tak kunjung henti..
Siapakah dari anak-anak kita yang sudi berkhidmat membawa kita ke hospital & klinik hari demi hari..?

Dan..
Di saat kita berhenti menghela nafas yang terakhir..
Siapakah yang arif dalam adab menguruskan kematian kita nanti..?

Siapakah yang bersungguh memandikan jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan menjadi imam bagi solat jenazah kita nanti..?

Siapakah yang akan mengusung keranda kita ke liang lahad kita nanti..?

Siapakah yang turun ke liang lahad menyambut jenazah kita, serta merebahkan tubuh ini dengan penuh berlemah lembut dan penuh rasa kasih di hati..?

Siapakah yang terus menerus mendoakan kita saat kita sunyi di dalam kubur nanti..?

Siapakah dari anak-anak kita yang menjemput orang-orang 'alim dan soleh ke rumah mereka untuk majlis-majlis mendoakan kita yang sedang terbaring di dalam kubur..

Siapakah dari kalangan anak-anak kita yang menjadi bekalan sebagai cahaya untuk kita di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Atau mereka yang menjadi punca kita terseksa diazab di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?

Pandanglah wajah anak-anak kita..
Siapakah mereka buat kita di 'sana'nanti..

Dan sepertimana harapan kita buat anak-anak kita, maka jadilah kita seperti  harapan yang indah buat kedua orang tua kita yang mulia..

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

بارك الله

Thursday, 15 December 2016

Dunia oh Dunia!

🍃 Dia cantik, tapi tidak kekal.
*Itulah dunia.*

Dia berat, tapi ringan untuk meninggalkannya.
*Itulah solat.*

Dia datang, tapi tidak akan berulang.
*Itulah waktu.*

Dia dekat, tapi kita tidak boleh lari darinya.
*Itulah kematian.*

Dia tidak kelihatan, tapi kekal.
*Itulah akhirat.*🍃

Monday, 12 December 2016

Tenang Itu Indah Lagi Mendamaikan

Yang indah hanya sementara.
Yang abadi adalah kenangan.
Yang ikhlas hanya dari hati.
Yang tulus hanya dari sanubari.

Tidak mudah mencari yang hilang.
Tidak mudah mengejar impian.
Namun yang lebih susah mempertahankan yang sudah ada..

Kerana walaupun tergenggam bisa terlepas juga.
Ingatlah kata pepatah ;
"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai,maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini.."

Belajar menerima apa adanya dan berfikir positif.

Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tidak terhitung, kedudukan dan jabatan yang luar biasa, namun...

Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tidak dapat di bawa pergi.
Sehelai benang pun tidak dapat di miliki.

Apa lagi yang mau di perebutkan?
Apa lagi yang mau di sombongkan?
Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani.

Jangan terlalu menilai.
Jangan hanya mau menang sendiri.
Jangan suka sakiti sesama apa lagi, terhadap mereka yang berjasa bagi kita.
Belajarlah , tiada hari tanpa kasih..

Selalu berlapang dada dan mengalah..
Hidup ceria, bebas leluasa..

Tidak ada yang tidak dapat di ikhlaskan..
Tidak ada sakit hati yang tidak dapat di maafkan..

Tidak ada dendam yang tidak dapat terhapus..

Jalanilah hidup ini dengan segala sifat positif yang kita miliki..