1. Berwasiat kepada semua waris supaya membahagikan harta peninggalan secara sama rata selepas kematian pemilik harta. Tidak perlu berwasiat demikian kerana tidak sah, bahkan setiap waris yang berhak telah ada bahagiannya yang telah ditetapkan syarak.
2. Berebut-rebut menuntut harta pusaka di kalangan waris-waris sedangkan perebutan tidak perlu kerana syarak telah menetapkan siapakah ahli waris yang berhak ke atas harta pusaka dan berapa pula bahagiannya.
3. Menyembunyikan waris tertentu kerana tamakkan harta pusaka peninggalan si mati di samping terdapat masalah peribadi dan permusuhan antara waris yang tamak dan waris yang disembunyikan (dinafikan) haknya.
4. Melambatkan pembahagian harta pusaka sehingga waris-waris yang sangat memerlukan lambat memperolehinya bahkan ada yang meninggal dunia sebelum sempat menikmatinya.
5. Menyangka harta tertentu adalah pemberian khusus daripada pemilik harta kepada waris sebelum kematiannya sedangkan hakikatnya tidak begitu. Contohnya harta pemilik yang diletakkan penama untuk memudahkan transaksi semasa pemilik harta sakit. Hakikatnya tujuan meletakkan penama untuk memudahkan urusan transaksi harta, bukannya memilikkan harta kepadanya.
(Catatan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar)
No comments:
Post a Comment