Mencari dalil atau sandaran syariat adalah adalah perkara yang dituntut dan baik. Namun perkara baik perlu diletakkan ditempat sepatutnya. Kalau diletakkan di tempat salah maka ia kelihatan bertambah buruk.
Apakah setiap orang perlu bertanya dalil? Respon mudahnya TIDAK
Mereka yang patut bertanya dan memperlajari dalil
1- Pelajar berorientasi agama termasuk dimasjid, sekolah dan universiti DLL
2- Guru agama, ustaz, pensyarah
3- Ulama dan mufti
Golongan diatas tiada pilihan bagi mereka selain mempelajari dalil. Selain dari golongan di atas bukan satu keperluan untuk mereka bertanya tentang dalil. Keperluan untuk mereka ialah BELAJAR AGAMA.
Kalau datang masjid pun jarang-jarang, baca quran masih merangkak, rukun sembahyang masih bertukar2. Golongan seperti ini bukan dalil yang patut ditanya. Hanyasanya dia perlu menambah usahanya untuk belajar.
Mengetahui dalil, memahami dalil, menyaring dalil adalah kerja mereka yang menekuni bidang agama khususnya fiqh. Kalau hanya bertanya dalil tetapi tidak mengetahui dimana dalil itu harus dipakai tak ubah seperti MEMAKAI SONGKOK DI KEPALA LUTUT.
Sebagai contoh
Saya pernah ditanya dalil selepas satu kuliah. Lalu saya membaca ayat Al-Quran. Beberapa ketika kemudian dia datang lagi “er surah mana dan apa maknanya us?”.
Laaa..ingatkan tahu, rupanya tak tahu. Nak sahaja saya berkata begitu. Tapi saya senyum…
Usah terpengaruh dengan kempen bertanya dalil tak bertempat
Sumber Facebook Ustaz Muhammad Lukman Ibrahim
No comments:
Post a Comment