"Betapa untungnya seorang lelaki yang memiliki isteri yang beragama. Cantik sebenar seorang isteri adalah yang cantik agamanya. Bukan sekadar cantik paras rupa waktu muda sahaja. Tapi cantik agama isteri sampai tua pun tetap cantik.
Kerana isteri berbudi pekerti, berakhlak baik, indah peribadi, tenang menghadapi ujian Allah, akan disayangi oleh suami walaupun sudah tua. Inilah yang suami harapkan daripada isterinya, sentiasa bersama di sisi saat susah senang, mendoakan suami sehingga air matanya bercucuran menadah tangan.
Cantik isteri akan bertahan 2-3 tahun. Tapi cantik amalan isteri akan kekal sehingga dia mati."
(ALMARHUM TG NIK AZIZ)
No comments:
Post a Comment