Thursday, 22 September 2016

Kunci C.I.N.T.A Bahagia

kalau takda Kasih Sayang macam mana Kekayaan dan Kebahagiaan nak datang?

Bukan dalam rumah tu takda duit, tak cukup duit. Tapi takda 'kasih sayang' atau kasih sayang palsu penuh penipuan.

Sebab tu rumah tu bermasalah. Allah tak redha. Takda rahmat masuk. Sebab kasih sayang tu tak ikhlas.

Manusia hidup hari ni adalah kerana 'CINTA' tanpanya musnahlah ia.

Di Syurga pun Hanya 'cinta' hiasannya.

CINTA PADA ALLAH.
Bercinta dengan manusia pun mesti kerana Allah.
Sayang mak kerana Allah
Sayang ayah kerana Allah
Sayang anak kerana Allah
Sayang adik-beradik
Sayang suami isteri kerana Allah.
Sayang binatang kerana Allah
Sayang pokok kayu kerana Allah.

Ajarkan setiap orang dalam rumah tu biar berkasih sayang antara satu sama lain. Tak caya buatlah.

Barulah rumah tu Allah datangkan kebahagiaan dan Kekayaan.
-nak formula kaya sangat kan? Ni jawapan dia.

Kalau sorang je yang cinta dengan ikhlas. Atau kata sorang je bertepuk sebelah tangan, rumahtangga tu takkan bahagia atau bahagianya adalah palsu.
Suami tipu isteri, isteri tipu suami.

Pastu bilanya nak kaya? Fikirlah.

Kasih Sayang = Kekayaan+Kebahagiaan yang barokah.

Tapi ramai yang tak mampu capai. Huhu.

P/S: bukan cinta maksiat atau cinta kapel-kapel ok. Ini dosa bukan cinta.  lagi Allah murka.
.
.
Faham kan dalam-dalam, cari dan ubah. Ok?
.
Kalau kita faham dan amalkan ni. Memang cepat kayalah kita. Huhu.
.
Ya Allah yang maha pengasih dan penyayang berikan kami kasih sayang sesama kami...

No comments:

Post a Comment