Tuesday, 15 November 2016

Perkongsian FB Baharuddin Mohamed

Anak saya pernah mendapat nombor terakhir dalam kelasnya. Dia sangat takut berjumpa saya utk memberitahu yang dia mendapat nombor terakhir.

-Dia dimarah oleh gurunya disekolah.
-Dia diperli oleh rakan
-Dia sedar dengan kegagalannya.

Saya duduk bersama dia. Saya sebutkan kegagalan adalah permulaan sebuah kejayaan.

Saya tahu anak saya jatuh. Saya biarkan dia jatuh dan dia bangun semula, kesat lukanya. Saya tidak marah kerana ada perlumbaan seterusnya.

"Siapa yang tahu betapa peritnya jatuh dia akan menikmati betapa seronoknya sebuah kemenangan".

Dia di kelas yang pertama dalam tingkatannya. Ini hanya pusingan yang pertama. Saya berikan semangat dan memperbetulkan teknik pembelajarannya. Betulkan dan memperbaiki kesalahan sebelumnya.

Akhirnya, dia mendapat tempat yang pertama dalam kelasnya. Setelah mencuba beberapa kali.

Kini dia sentiasa menjaga kemenangannya kerana dia tahu betapa sakitnya jatuh.

Masyarakat kita selalunya tersalah. Kita akan menghukum kepada mereka yang gagal.

Kita akan tidak memberi peluang kepada mereka yang gagal. Maka ramailah yang terkapai-kapai sendiri. Seolah-olah orang gagal akan gagal selamanya.

Dalam bisnes pun sama. Mereka yang ketawa bila saya jatuh dalam bisnes adalah mereka yang tak pernah berniaga. Mereka yang mengutuk dan menghina.

Mengapa kita tidak tanya kepada mereka yang gagal mencuba. Kita melihat dengan kehinaan mereka yang mencuba tetapi gagal.

Menyebabkan kita tidak akan menang. Rakyat kita tidak akan menang kerana takutkan kekalahan dan kegagalan. Mereka takut diketawakan.

Sahabat ku. Jangan putus asa dengan bisnes mu. Teruskan dalam perlawanan seterusnya.

Senyum dan teruskan perjuangan. Jadikan kekalahan dan kegagalan semalam sebagai kenangan manis untuk bangkit.

No comments:

Post a Comment