Saturday, 12 November 2016

Sahabatku, Dengarkanlah

*Sahabat...*

Jika engkau hidup untuk dakwah
Tidak ada setitik harapan pun yang kelak di rugikan
Tiada seberkas amalpun yang tiada mendapat balasan
Tapi di dalamnya penuh ujian dan batu karang
Dan engkau harus yakin penuh akan janji Allah
Tapi di dalamnya tidak cepat engkau dapatkan keindahan
Dan engkau harus yakin bahawa inilah jalan kebaikan

*Sahabatku….*

Janganlah terlena dengan kesenangan fana
Janganlah terlena dengan gemerlapnya dunia
Itulah yang Allah berikan sebagai hak para musyrikin di dunia
Tidak usah kamu berfikir dan hanyut bersamanya
Kerana kau tahu kehidupan mereka sesudahnya adalah neraka
Dan mereka kekal di dalamnya…

*Wahai sahabat...*

Jangan sia-siakan hidup di dunia. Bangun rumah dakwah
Jika kau di luaskan harta, kembalikan di jalan dakwah
Jika kau di luaskan waktu, hibahkan di jalan dakwah
Jika kau di luaskan tenaga, berikan untuk lapangan jalan dakwah
Jika kau di luaskan fikiran, gunakan untuk merenungi ayat-ayatNya
Jika kau di luaskan usia, maksimalkan berikan yang terbaik untuk-Nya.

*Sahabat….*

Jadikan dakwah sebagai roh mu di dunia
Jadikan dakwah sebagai rumah tinggalmu di dunia
Jadikan dakwah sebagai tugas utamamu di dunia
Jadikan bahawa hanya dengan dakwah dirimu begitu bahagia
Jadikan bahawa tanpa dakwah diri mu begitu menderita

*Sahabatku…*

Jalan dakwah inilah yang membezakan dirimu
Dengan para pendusta ayat-ayatNya
Dan jika engkau hidup di dunia ini tidak untuk tegakkan risalahNya
Itu ertinya engkaupun sama dengan mereka
Yang lebih menyukai neraka berbanding syurga
Dan jika engkau hidup di dunia ini sebagai tujuan
Ingatlah bahawa tak lama lagi roh mu bakal di cabut
Dari badan…

*Naudzubillahmindzalik...*

🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋🕋

No comments:

Post a Comment